Khamis, 10 Oktober 2013

BERI PELUANG MUKHRIZ FUAD UNTUK BERKHIDMAT

Sangkakala pernah keluarkan artikel tentang anak kelahiran Pahang ini beberapa hari yang lepas dan dalam artikel tersebut Sangkakala ada memberitahu bahawa Dato' Mukhriz Fuad ni terlalu bersahaja orangnya dan berkawan tanpa mengikut kedudukan.

Hari sabtu nanti adalah hari penentu dimana semua sayap parti UMNO akan mengadakan persidangan dan mereka akan memilih kepimpinan di peringkat bahagian dan pusat.

Pergerakan Pemuda UMNO juga tidak ketinggalan dan ramai calon sudah tentunya kini berdebar debar menunggu siapa yang akan dinobatkan untuk duduk di kerusi kepimpinan semua peringkat.

Apa yang kita lihat pada masa ini ialah, pergerakan pemuda memerlukan barisan yang mesra untuk bergaul dengan pemuda tidak mengira dari golongan mana dan apa Sangkakala lihat, ada beberapa orang calon yang ada sifat sifat sedemikian, dan diantaranya ialah Dato Mukhriz.

Bukanlah niat Sangkakala untuk mengatakan calon lain tidak bagus, namun dari segi kriteria dan sikap mereka mereka ini Sangkakala berminat dengan sikap yang ditunjukkan oleh Dato Mukhriz dalam pergaulan beliau bersama sama teman teman pemuda yang lain.

Sikap ramah ini sebenarnya menjadi keselesaan untuk semua ahli pemuda bergaul dengan beliau dan ini diakui sendiri oleh rakan rakan pemuda yang Sangkakala temui.

Rata rata mereka mengatakan bahawa mereka amat selesa dan tidak merasa janggal untuk melakukan perbincangan dengan Dato Mukhriz.

Seharusnya calon ini diberikan peluang untuk berada di saf kepimpinan pemuda UMNO Pusat dan Sangkakala amat yakin bahawa beliau mampu untuk menggalas segala amanah dan tanggunjawab yang diberikan kepada beliau.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: