Isnin, 28 Oktober 2013

#BeraniHijrah WARGA PENDIDIK BERI SOKONGAN PADU PADA KERAJAAN @NajibRazak @MukhrizMahathir @tunfaisal


Nampaknya sangkaan PAS bahawa warga pendidikan di kawasan Sungai Limau akan menyokong mereka dalam pilihanraya kecil kawasan ini meleset sama sekali.


Majlis perjumpaan YAB Menteri Besar Kedah bersama warga pendidik di Sungai Limau jelas menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi para kakitangan pendidikan kepada kerajaan Barisan Nasional.

Lebih 300 warga pendidik hadir sama dalam majlis yang diadakan pada petang ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang.


Majlis dimulai dengan nyanyian lagu negaraku dan seterusnya bacaan doa oleh penerima anugerah guru cemerlang peringkat negeri Kedah, En. Roslan Ahmad.


Turut hadir bersama dalam majlis tersebut, En. Mansor bin Lat yang merupakan pengarah pelajaran negeri Kedah, timbalan pengarah, pegawai pendidikan daerah, pengetua pengetua sekolah serta beberapa dif kehormat yang lain.


Dalam ucapan Pengarah pendidikan Negeri, beliau telah membentangkan satu usaha dalam meningkatkan tahap pendidikan negeri dan ianya selari dengan kehendak kementerian pendidikan Malaysia.

Salah satu pelan pendidikan negara iaitu penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak dan beliau meminta serta berharap agar PIBG sekolah dapat memastikan agar pelan ini berjaya.


Dalam ucapan Menteri Besar, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang berkumpul pada petang ini dan beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua warga pendidikan dan beliau kagum dengan usaha dan ucapan dalam meningkatkan atau melakukan transformasi dalam pendidikan.

Aspirasi Kedah top 5 adalah hala tuju yang cukup mulia yang perlu disokong oleh semua pihak dan atas kesedaran melalui pendidikan modal insan berkualiti dapat direalisasikan.

Guru adalah tonggak utama dan para pendidik memainkan perananan sangat penting dalam melahirkan modal insan yang berpendidikan ujar beliau lagi.

Dalam ucapan beliau juga, Menteri Besar memohon maaf sekiranya masih ada yang berasa tidak puas hati kepada kerajaan kerana bagi beliau, jika guru guru senang hati, maka anak murid juga akan senang hati untuk belajar dan ibu bapa juga senang hati dengan pembelajaran anak anak mereka di sekolah.

Menteri Besar juga berjanji akan bersungguh sungguh dalam usaha transformasi pendidikan di negeri Kedah.

Akhir sekali, beliau memohon agar guru guru ini memberikan pendidikan yang terbaik kepada murid murid, kerana guru guru inilah pemangkin kepada kecemerlangan murid murid di kawasan Sungai Limau.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone