Khamis, 31 Oktober 2013

#BeraniHijrah #prksglimau KECEWA HAJI HADI DIPERMAINKAN

Episod penanaman padi yang dibuat oleh presiden PAS nampaknya mendapat reaksi pelbagai pihak.

Bukan sahaja ianya dipertikai oleh penyokong kerajaan, penyokong pembangkang sendiri berasa amat malu apabila presiden mereka menabur benih didalam bendang yang digenangi oleh air.



Menurut penduduk yang Sangkakala temui, dikawasan Sungai Limau jika padi ditanam dalam sawah yang dipenuhi air, benih padi yang tumbuh akan dimakan oleh siput Gondang Emas dan ianya akan menjadi tempat pembiakan siput perosak tersebut.

Jadi nampaknya kawasan yang ditabur dengan benih yany dinamakan Azam itu akan menjadi tempat pembiakan siput Gondang yang selama ini menjadi pemusnah tanaman padi nombor satu di kawasan ini.

Lagi satu, selama ini PAS mengatakan bahawa Haji Hadi adalah seorang nelayan dan sudah pasti tidak mengetahui selok belok tentang penanaman padi dan mungkin kerana itu juga beliau mudah dipermainkan oleh orang orang PAS sendiri di kawasan Sungai Limau. 

Kalau dah presiden sendiri pun kena main, rasanya pengundi di kawasan Sungai Limau akan dipermainkan dengan lebih hebat lagi.

Jadi jangan biarkan mereka terus menjadikan pengundi di Sungai Limau sebagai bahan untuk mereka perbodohkan.