Selasa, 29 Oktober 2013

#BeraniHijrah PENGHINAAN TERHADAP USTAZ AZIZAN @NajibRazak @MukhrizMahathir @tunfaisal


Mungkin para pengikut PAS di Kawasan Sungai Limau telah lupa dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin PAS negeri Kedah sendiri terhadap ustaz Azizan.

Gambar diatas Sangkakala masukkan untuk mengingatkan mereka tentang dosa dosa yang telah dilakukan oleh pemimpin PAS terhadap ustaz Azizan sepanjang beliau menjadi Menteri Besar. 

Bagi Sangkakala, dosa dosa ini tidak dapat diampunkan kerana kebiadaban mereka terhadap Arwah memang cukup melampau.

Kita lihat sahaja semasa arwah berada di hospital dalam mendapatkan rawatan, mana pemimpin PAS yang pergi dan kalau ada pun ianya cumalah beberapa orang sahaja.

Berbeza pula dengan Barisan Nasional
 dimana, Menteri Besar Kedah sekarang, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir boleh dikatakan kerap kali melawat arwah di hospital. 

Ini menunjukkan bahawa hubungan arwah dengan Mukhriz amat rapat dan ianya bukan boleh dibuat buat memandangkan kedua dua mereka daripada parti
Politik yang berbeza atau lebih tepat mereka berlainan idealogi tapi masih lagi
mampu untuk duduk bersama dalam menyelesaikan masalah.

Tidak seperti Pahrol Razi yang merupakan pemimpin yang menentang arwah Tan Sri Azizan walaupun bersama di dalam parti.

Dan kini semua orang di Sungai Limau tahu bahawa calon yang dibawa oleh PAS bagi menggantikan tempat arwah Tan Sri adalah saudara kepada Pahrol Razi sendiri.

Apakah memang sudah ada agenda untuk Pahrol Razi meletakkan proksi bagi kerusi tersebut demi untuk menjaga kepentingan politik beliau sendiri? 

Orang Sungai Limau kalau tak ingat lagi apa yang dibuat oleh pemimpin PAS seperti Pahrolrazi Sangkakala pun tak tau nak cakap apa la.

Ini sepatutnya masa untuk pengikut arwah Ustaz Azizan membalas dendam dengan apa yang dilakukan oleh mereka.