Ahad, 6 Oktober 2013

ANAK PEJUANG NEGARA SELAMAT DILAHIRKAN

Sedih pulak Sangkakala tengok gambar anak kepada Allahyarham ASP Zulkifli yang merupakan perajurit pertama yang gugur di Lahad Datu dalam siri pencerobohan pengganas awal tahun yang lalu.


Bayi seberat 3.25 kilogram ini selamat dilahirkan oleh balu Allahyarham pada jam 4.32 pagi tadi.

Semoga keluarga Allahyarham menjaga amanah ini dengan penuh tertib dan kepada anak ini Sangkakala ingin katakan bahawa ayahnya seorang pejuang yang amat berani dan kematian Allahyarham akan dikenang sehingga ke akhir hayat.