Ahad, 28 Julai 2013

TINDAKAN BIJAK AKHIRNYA DIAMBIL

Tahniah dan syabas kepada Kementerian Dalam Negeri yang kononnya telah menangguhkan tayangan filem The New Village.

Mungkin tindakan ini akan melegakan banyak pihak yang tidak berpuas hati apabila filem tersebut ingin ditayang kan memandangkan filem tersebut mengandungi unsur unsur komunis yang diagungkan.

Lepas ni nanti kita akan tengok beberapa pihak terutamanya dari pihak pembangkang akan menyalak menyalahkan kerajaan diatas penangguhan tayangan filem tersebut.

Tapi Sangkakala rasa apa juga yang diperkatakan oleh pembangkang kelak tidak perlu diambil kira kerana apa yang penting ialah keselesaan rakyat perlu didahulukan.

Sekali lagi tahniah Sangkakala ucapkan kepada pihak Kementerian yang prihatin dengan suara suara rakyat diperingkat bawahan.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: