Isnin, 22 Julai 2013

SIAPA SYED MEHDAR UNTUK PERTIKAI PERLANTIKAN AZEEZ RAHIM

Ni ada sorang lagi Ketua Pemuda Bahagian yang agak celupar sikit yang pertikai tentang perlantikan Datuk Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji.

Masalahnya siapa Syed Mehdar selaku Ketua Pemuda Cheras yang beriya sangat nak pertikai pelantikan Datuk Azeez?

Syed yang juga Naib Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan lansung tiada jasa pada parti.

Sebagai contoh, apa sumbangan Syed Mehdar untuk memenangkan Cheras dan seterusnya memberikan 1 kerusi parlimen kepada Barisan Nasional?

Syed Mehdar adalah contoh golongan bangsawan dlm umno yg naik tanpa kerja keras tapi atas sebab ada hubungan darah dgn Syed Ali maka dia diberi tempat dalam UMNO.

Keupayaan untuk berucap di khalayak ramai juga hancur dan dia ni langsung tiada tokoh sebagai seorang pemimpin.

Adakah Cheras juga termasuk dalam kiraan 133 kerusi Barisan Nasional di Parlimen? Sedangkan Datuk Azeez telah berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Baling yang sebelum ini ditakluki oleh PAS sejak PRU 12 yang lalu.

Jadi disini apa pula sumbangan Syed Mehdar dalam pemuda wilayah persekutuan yang besar sangat jika nak dibandingkan dgn Azeez?

Syed Mehdar bijak sangat ke? Dalam Wilayah Persekutuan ramai ketua pemuda bahagian lain dan pemimpin pemuda lain yang lebih bijak dan pandai dari Syed Mehdar.

Dalam Cheras pun masih ramai yang bijak pandai. Kalau bukan kerana politik nepotisme dan kronisme dalam cheras kemungkinan besar Syed Mehdar tiada peluang untuk berpolitik di Cheras.

Lagi satu, Sangkakala rasa Cheras ni antara bahagian UMNO yang patut dibubarkan kerana kepimpinan yang lemah, apatah lagi apabila tidak menyumbang kepada kemenangan Barisan Nasional dalam PRU baru baru ini.

Tapi UMNO pula terpaksa membazirkan duit dan masa untuk menjaga ketua bahagian dan ketua pemuda bahagian yangg dah kaya raya.

Sedar la sikit Syed Mehdar, kalau nak becakap tu biarlah ada kelebihan daripada orang nak diperkatakan, bukan main hentam je ikut sesedap mulut.

Kalau tak mampu nak beri sumbangan dalam parti, jangan pula nak kutuk orang yang memberikan sumbangan, belajar belajarlah berterima kasih sikit.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: