Jumaat, 19 Julai 2013

#KualaBesut @razaliibrahim OKU PERLU DIBERIKAN LAPTOP DAN BROADBAND

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Razali Ibrahim hari ini mencadangkan agar orang kurang upaya diberikan atau dibekalkan dengan laptop dan juga broadband.

Perkara ini terlintas di fikiran beliau apabila melawat seorang pemuda kurang upaya tapi mampu untuk menggunakan laptop atau komputer secara basic dan itu adalah memadai untuk beliau mengendalikan komputer tersebut semasa melakukan walkabout di kampung pantai Kuala Besut.

Pemberian komputer atau laptop beserta broadband kata Razali akan membolehkan seseorang OKU yang mampu mengendalikannya mejalankan perniagaan secara online kerana dimasa ini trend untuk membeli barangan secara online amat menggalakkan dan ini akan menambahkan pendapatan OKU berkenaan disamping menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Ada kebenarannya jika perkara ini direalisasikan kerana ramai dikalangan peniaga secara online khususnya golongan muda kini yang menjadi jutawan secara online.

Dengan pemberian komputer tersebut juga rasanya dapat memberikan satu ruang dan peluang kepada golongan OKU ini untuk melangkah maju terus ke hadapan.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone