Ahad, 28 Julai 2013

PULAU PINANG MILIKI KETUA MENTERI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Malang nasib rakyat di Pulau Pinang apabila mempunyai seorang Ketua Menteri yang Sangkakala rasakan tidak bertanggungjawab dan hanya pandai meletakkan semua tanggungjawab kepada kerajaan pusat walaupun satu satu kejadian didalam negeri tersebut.


Sangkakala katakan begini apabila Guan Eng selaku Ketua Menteri menbgatakan bahawa beliau tidak pernah berjanji untuk menyiasat tentang seorang doktor di hospital Pulau Pinang yang didakwa bersikap rasis semada menjalankan tugas.

guan aeng boleh pulak mengatakan bahawa itu dibawah idang kuasa kerajaan Pusat dan kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk berbuat apa apa kecuali kerajaan pusa atau Kementerian kesihatan memberikan kuasa penuh kepada kerajaan negeri terhadap hospital berkenaan.

Kalau dah macam tu, tak payah le ada exco kesihatan di Pulau Pinang dan Guan Eng boleh jadi sebagai ketua menteri patung yang hanya menerima gaji setiap bulan tanpa perlu berbuat apa apa kerana semuanya diserahkan kepada kerajaan pusat.

Kalau nak diikutkan, semua hospital memang dibawah Kementerian kesihatan tetapi kerajaan negeri juga boleh memantau setiap apa yang berlaku termasuk mengadakan siasatan terhadap salah laku atau ketidak puasan hati pengguna atau rakyat.

Tapi kalau semua nak diserahkan kepada kerajaan pusat, kenapa tidak kerajaan negeri atau pengurusan negeri Pulau Pinang juga diberi kepada kerajaan pusat? Bukan ke itu lebih mudah? Atau Guan Eng merasakan doktor tersebut betbangsa cina dan dia berikan alasan sebegitu untuk melepaskan diri dari tanggungjawab dan cuba untuk menidakkan tindakan yang boleh diambil keatas doktor tersebut?

Jelas dan nyata bahawa Guan Eng juga mengamalkan sikap rasis kerana tidak mahu bertindak terhadap aduan tersebut dan menyerahkan kepada kerajaan pusat untuk mengambil tindakan dan jika kerajaan pusat berbuat sedemikian, maka kerajaan negeri khususnya pakatan pembangkang akan menggunakan kesempatan itu ntuk sekali lagi menyalahkan pihak kerajaan dengan mengatakan tindakan yang diambil keterlaluan dan sebagainya untuk menunjukkan bahawa mereka adalah wira kepada para doktor pula.

Ini semua mainan politik Guan Eng untuk meraih sokongan dan menyalahkan kerajaan persekutuan.