Jumaat, 12 Julai 2013

#PRKKualaBesut PAS TERDESAK PANGGIL GANGSTER BAGI CERAMAH

Sangkakala pergi ke satu ceramah malam ni, sebaik sahaja sampai calon PAS di kawasan Kuala Besut baru selesai memberikan ceramah beliau dan kemudian diikuti dengan seorang lelaki India daripada dewan himpunan penyokong PAS atau DHPP.

Dalam perjalanan ke tempat ceramah, Sangkakala terdengar nama lelaki India yang disebut oleh pengacara majlis ialah Suria dan Sangkakala dapat mengagak siapakah lelaki India yang dimaksudkan oleh pengacara majlis tersebut.

Mana Sangkakala kenal dia? Dia ni orang Teluk Intan, sama kampung dengan Sangkakala, menetap di Kampung Laksamana yang mana memang majoriti penduduk dikawasan tersebut adalah kaum India.

Surianarayanan nama penuh beliau, seorang kontraktor pemasangan paip mempunyai 2 orang isteri, seorang di Teluk Intan dan seorang di Hutan Melintang.

Sangkakala amat mengenali Suria dan apa yang menjadi kejutan ialah apabila PAS Kuala Besut memanggil beliau untuk berceramah, tau ke PAS Kuala Besut siapa Surianarayanan? Atau PAS Kuala Besut tidak peduli dengan latar belakang beliau?

SuriaNarayanan adalah seorang kepala gangster 08 di Teluk Intan, beberapa kali keluar masuk lokap atas kesalahan jenayah dan pernah terbabit dalam pergaduhan hingga leher beliau dikelar kerana projek pemasangan paip air di Teluk Intan.

Beliau terlibat dalam pergaduhan tersebut apabila didakwa menipu seorang lagi kontraktor yang dikenali sebagai Janggut Mani yang juga merupakan seorang kepala gangster di Teluk Intan.

Pergaduhan tersebut berpunca daripada penyelewengan Surianarayanan dalam projek tersebut hingga melibatkan kerugian sebanyak RM 180 ribu kepada Janggut Mani dan apa bila Janggut Mani menuntut semula wang tersebut, maka Suria telah menyerang Janggut Mani hingga mengakibatkan beliau tercedera di leher dan menerima jahitan sebanyak 60 jahitan.

Tapi PAS Kuala Besut masih lagi memanggil orang sebegini untuk memberikan ceramah dalam pilihanraya kali ini dan ada beberapa perkataan yang disebut oleh Suria berkisar tentang agama Islam yang mana sudah pasti beliau tidak tahu apa apa tentang agama Islam.

Ada juga beliau menyebut tentang Nabi, apa yang Suria tahu tentang Nabi? Dari apa yang Sangkakala tahu Suria hanya mengetahui cara untuk menipu orang dan yang kedua cara bagaimana untuk bergaduh dengan orang lain.

PAS sudah benar benar terdesak nampaknya, adakah PAS sudah merasakan bahawa mereka kali ini akan menerima kekalahan sekali lagi di Kuala Besut sepertimana yang berlaku semasa PRU yang lalu hingga mereka terpaksa memanggil kepala gangster untuk berceramah.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: