Sabtu, 13 Julai 2013

#PRKKualaBesut CALON PAS KESAORANGAN !!! APA DAH JADI ???

Nampak gayanya kali ni PAS akan b3rjuang bersendirian tanpa ditemani oleh rakan rakan dalam pakatan mereka iaitu DAP dan PKR yang tidak melihatkan kelibat mereka dalam penamaan calon baru baru ini.


Pada kebiasaannya jika ada pilihanraya kecil sudah pasti mereka akan dibantu secara all out oleh rakan dalam pakatan tetapi kali ini ianya amat berbeza sekali.

Apakah calon PAS tidak disenangi oleh pakatan pembangkang hingga membuatkan Azmin Ali juga mengeluarkan kritikan tentang kelulusan calon PAS ini diikuti dengan kriteria beliau sebagai seorang kontraktor CARI MAKAN yang di gembar gemburkan?


Dengar perkhabaran calon PAS ini dahulunya pernah memegang jawatan ketua pemuda UMNO Cawangan dan oleh kerana beliau pernah memegang jawatan tersebut maka beliau diminta untuk berbaiah di khalayak ramai.

Klik gambar untuk video
Sampai begitu sekali yang dilakukan oleh PAS terhadap Che Long? Apakah tahap kepeecayaan Che long amat rendah hingga dilakukan sedemikian rupa?

Tapi daripada apa yang Sangkakala perhatikan dan daripada apa yang Sangkakala pernah dengar daripada seorang ADUN PAS di kawasan Teluk Ibtan sebelum PRU 12 yang lalu,  ianya amat berbeza.

Bagi Sangkakala, sumpah baiah yang dilakukan oleh setiap calon PAS ada terkandung sekiranya mereka lompat parti maka harta benda mereka haram seumur hidup dan mereka akan menceraikan isteri mereka dengan talak tiga.

Tapi daripada apa yang disebut olej Che Long dihadapan pengikut PAS adalah berlainan atau adakah ini semua retorik semata mata untuk melihatkan bahawa baiah PAS tidak salah?