Isnin, 29 Julai 2013

PEMIMPIN PAS PENGIKUT SYIAH KATA HASAN ALI

Tuan Ibrahim Tuan Man mengatakan bahawa tidak ada pemimpin parti tersebut yang mengikut fahaman syiah sedangkan Hasan Ali mengatakan ramai pengikut ajaran itu terdiri daripada pemimpin PAS.


Jadi disini cakap siapa yang kita nak dengar sebenarnya? Adakah kata kata Hasan Ali atau Tuan Ibrahim?


Sangkakala oula mengambil pendekatan untuk lebih mempercayai Hasan Ali kerana beliau kini bukan lagi ahli PAS atau Naib Presiden PAS yang mempunyai kepentingan dalam usaha menutup segala kesalahan ahli atau pemimpin PAS.

Hasan Ali ada mendedahkan bahawa dalam muktamar PAS semasa ada pertandingan maka isu syiah ini selalu dijadikan bahan untuk menjatuhkan seseorang yang akan bertanding sebagai pemimpin dan Sangkakala juga pernah dengar tentang perkara sama sebelum ini.

Ada diantar mereka (pemimpin PAS) yang ingin bertanding menggunakan kaedah penggunaan isu fahaman syiah kerana dalam PAS hanya ahli sunnah dibenarkan untuk menjadi ahli PAS dan jika didapati mereka mengikuti fahaman syiah maka mereka akan terkeluar dari parti.

Jadi bagaimana Taun Ibrahim mengatakan bahawa tiada pengikut syiah dalam PAS sedangkan bekas Naib Presiden sendiri mengatakan ianya memang ada?