Isnin, 29 Julai 2013

PEMILIHAN AGUNG UMNO !!! WILAYAH PERLU JUGA PERTUKARAN

Tak lama lagi akan diadakan pemilihan diperingkat bahagian diseluruh negara dan tidak ketinggalan di Wilayah Persekutuan juga akan melihat beberapa perubahan dan ini sudah pastinya akan menjadi lebih menarik apabila sudah ramai yang mengintai ngintai tapak untuk bersemayam sebagai ketua bahagian.

Tapi masih relevan atau tidak ketua ketua bajagian yang ada sekarang ini untuk mengekalkan jawatan mereka dalam bahagian masing masing?

Apa yang Sangkakala lihat, kedudukan ketua ketua bahagian dalam wilayah perlu dibwri nafas baru yang mana muka muka baru yang lebih mampu untuk melaksanakan tugas diberikan tanggungjawab untuk mengepalai bala tentera peperangan dalam mengajdapi pilihanraya yang akan datang.

Memang benar bahawa ada sesetengah pihak mengatakan yang mana bukan semua bahagian akan diwakili oleh calon dari UMNO, tapi harus diingat bahawa UMNO itu adalah kepala dalam setiap misi yang perlu dilaksanakan iaitu m8si untuk memenangkan Barisan Nasional. 

Jadi tidak ada alasan untuk mereka mengatakan bahawa itu adalah salah sipolan dan sipolan untuk mereka mengekalkan kuasa dalam pemerintahan disetiap bahagian.

Sangkakala mulakan dengan bahagian Kepong yang mana Datuk Haji Rizuan Abd Hamid  sebagai panglima perang yang memegang jawatan Ketua Bahagian.

Dalam pilihanraya yang ke12 pada tahun 2008 dahulu, Parlimen Kepong kalah sebanyak 23'848 undi.


Dan pada pilihanraya umum ke 13 pula kawasan Kepong kalah 40'307 undi majoriti, peningkatan kepada 16'459 undi.


Apakah Datuk Haji Rizuan masih lagilayak untuk memegang jawatan Ketua Umno Bahagian Kepong dengan peningkatan undi sebanyak itu yang memperlihatkan kegagalan mengurus tadbir pengundi di bahagian tersebut?

Sekarang kita pergi pula ke bahagian Batu yang mana Ketua Bahagian UMNO disandangboleh Datuk Yahya Mat Ghani yang mengepalai peperangan menentang Tian Chua, naib presiden PKR.

Dalam tahun 2008 iaitu semasa pilihanraya umum ke 12, Barisan Nasional telah kalah sebanyak 9455 undi majoriti kepada PKR.


Dan pada pilihanraya umum ke 13 yang baru saja berlalu, Barisan Nasional kawasan Batu telah kalah sebanyak 13284 undi dan ini tidak termasuk undi yang diberikan kepada calon calon bebas di kawasan tersebut.


Ini telah melihatkan peningkatan undian sebanyak 3829 undi dan jika dicampurkan dengan undi yang diperolehi oleh calon bebas pula sebanyak  5151 undi yang gagal diperolehi oleh calon Barisan Nasional. 

Kegagalan ini telah membuatkan Tian Chua yang begitu banyak isu di peringkat nasional memperolehi kemenangan buat kesekelian kalinya di kawasan Batu.

Kita pindah pula ke kawasan WangsaMaju yang mana Ketua Bahagian disandang oleh Datuk Dr Mohd Shafie Abdullah.

Kawasan ini pada tahun 2008 telah dimenangi dengan kemenangan tipis kepada calon Barisan Nasional iaitu dengan majoriti hanya sebanyak 150 undi.


Dan apa yang menyedihkan ialah pada pilihanraya umum ke 13 pula, WangsaMaju telah ditawan oleh pakatan pembangkang dengan undi majoriti sebanyak 5511 undi walaupun pada hakikatnya Barisan Nasional hanya perlu mengekalkan kuasa pemerintahan.


Peningkatan yang begitu ketara ini dilihat juga adalah kegagalan Ketua UMNO Bahagian dalam menjalankan tanggungjawab sebagai orang yang bertanggungjawab dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional. 

Bagaimana pula dengan Segambut yang diketuai oleh Dato haji Kamaruddin bin Haji Ambok sebagai Ketua UMNO Bahagian? 

Jawapannya kecundang juga, pada pilihanraya umum ke 12 kerusi Segambut kehilangan undi majoriti sebanyak 7732 undi kepada DAP.


Dan pada pilihanraya umum yang ke 13 pula, Segambut kehilangan undi majoriti sebanyak 19199 undi dengan peningkatan sebanyak 11467 undi sekaligus menidakkan kemenangan di parlimen tersebut kepada Barisan Nasional.


Dan seperti biasa, pemimpin tertinggi di bahagian Segambut juga gagal untuk memberikan satu kerusi di kawasan berkenaan bahkan undi majoriti telah meningkat naik, jadi adalah lebih baik jika kepimpinan tertinggi kawasan ini ditukar ganti dengan kepimpinan yang baru.

Bukit Bintang juga tidak terlepas dari kekalahan dan Ketua Bahagian yang memegang jawatan itu kini ialah Dato Seri Haji Abdul Azim. 

Dalam pilihanraya umum ke 12, kawasan Bukit Bintang telah menerima kekalahan sebanyak 14277 undi majoriti kepada DAP. 


Dan pada pilihanraya umum ke 13 kawasan Bukit Bintang telah menerima kekalahan sebanyak 19399 undi yang mana kita dapat lihat ianya membawa kepada peningkatan sebanyak 5122 undi.


Ini adalah suatu perkara yang dilihat tidak sihat dalam Barisan Nasional dibawah kepimpinan UMNO Bahagian yang mana peningkatan  dari pru12 ke pru 13 amat ketara.

Sekarang pula kita akan melihat ke kawasan bekas Menteri Wilayah yang juga gagal untuk mempertahankan kerusi di Bahagian Lembah Pantai iaitu Datuk Seri Raja Nong Chik.


Walaupun kita dapat melihat bahawa ada penurunan undi majoriti yang diperolehi oleh Nurul Izzah,  namun kawasan tersebut masih juga kalah dan kedudukan Raja Nong chik Sebagai Ketua Bahagian juga dilihat tidak perlu lagi disitu.


Ini kerana, kegagalan ini dilihat bukan kerana apa apa faktor lain tapi ianya aadalahdisebabkan oleh Raja Nong Chik sendiri yang ditolak oleh para pengundi di kawasan tersebut. 

Di kawasan Seputeh pula, Ketua Bahagian di sandang oleh saudara Mustafa Kamal yang mana kawasan ini juga dilihat mengalami kekalahan dengan majoriti yang amat tinggi hingga mencecah puluhan ribu undi.


Lihat perbezaan diantara kedua dua pilihanraya, calon DAP ini mampu untuk menaikkan undi beliau lebih dari 10 rribuundi dalam masa 5 ttahunwalaupun dengan membawa pelbagai isu semasa.


Ini juga tidak sepatutnya berlaku di kawasan Seputeh apatah lagi dengan kekuatan jentera Barisan Nasional dikawasan tersebut tidak membolehkan peningkatan undi seketara itu sebenarnya dan jelas disini, Ketua UMNO Bahagian Seputeh tidak mampu menjalankan kewajipan beliau lagi.

Kawasan parlimen Cheras juga tidak kurang hebatnya menerima kekalahan, dan Bahagian ini diterajui oleh Datuk Wira Syed ali Alhabshee yang juga merupakan setiausaha badan perhubungan Wilayah Persekutuan. 

Pada pilihanraya umum ke 12 kekalahan yang diterima di kawasan parlimen Cheras berjumlah 28300 undi dan calon Barisan Nasional telah kecundang di tangan calon DAP. 


Dan pada pilihanraya umum ke 13 pula, kawasan Cheras telah mengalami kekalahan sebanyak 37409, perbezaan sebanyak 9109 undi.


Peningkatan ini dilihat juga amat ketara dan apa yang dilakukan oleh Ketua Bahagian selama ini selaku setiausaha badan perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan? 

Dan kawasan terakhir yang menerima kekalahan di Wilayah Persekutuan ialah kawasan Bandar Tun Razak yang mana ianya di ketuai oleh Dato Mokhtar Samad.

Dalam pilihanraya umum ke 12 lalu, Bandar Tun Razak telah mengalami kekalahan dengan undi majoriti sebanyak 2515 undi dan Barisan Nasional kalah kepada PKR.


Pada pilihanraya umum ke 13 pula, Barisan Nasional kalah hampir 5 kali ganda iaitu 11832 undi majoriti yang diperolehi oleh PKR.


Kekalahan dengan undi sebanyak ini juga mengundang persoalan apa dah jadi dengan bahagian bahagian di wilayah yang menerima kekalah amat ketara dalam parlimen masing masing?

Dengan kekalahan sebegitu, Sangkakala mempunyai pendapat iaitu mereka senua perlu mengundurkan diri dan merasa lebih bertanggungjawab terhadap kekalahan di kawasan masing masing.

Jangan semua merasa selesa walaupun menerima kekalahan, sepertimana yang Sangkakala katakan tadi, jangan menunding jari kepada komponen kononnya kerusi di kawasan mereka adalah milik komponen kerana adalah menjadi tanggungjawab semua ketua UMNO bahagian untuk memenangkan calon Barisan Nasional.