Rabu, 31 Julai 2013

@PDRMsia ULASAN BODOH LIM GUAN ENG


Ketua Menteri Pulau Pinang hari inibmemberikan ulasan bodoh apabila mengatakan bahawa polis tidak lagi boleh menyalahkan pemansuhan Ordinan Darurat mengakibatkan banyakbkes bunuh membunuh dikalangan penjenayah kerana pengasas Arab Malaysian bukan dari kalangan penjenayah.

Apa yang dimaksudkan ialah apabila ordinan darurat itu dimansuhkan, maka ramai dikalangan penjenayah akan bebas keluar dari penjara dan kadar jenayah akan meningkat terutamanya yang bermotifkan dendam.

Takkan itu pun Guan Eng tak boleh nak faham atau saja saja buat buat tak faham sebab nak menutup kesilapan yang mereka lakukan iaitu mendesak kerajaan supaya menghapuskan ordinan darurat.

Dendam tersebut tidak semestinya hanya diantara penjenayah, mungkin dendam dengan ahli perniagaan dan lain lain lagi,  tapi apa yang pastinya kadar jenayah tembak dan bunuh akan meningkat dengan lebih tinggi.

Atau pun Guan Eng cuba untuk mengatakan bahawa kerajaan gagal untuk mengawal kes jenayah yang membabitkan pembunuhan menggunakan senjata api di negara ini?

Pembangkang sebenarnya sudah tahu apa akan berlaku jika ordinan darurat dimansuhkan dan perkara ini telah diketahui lebih awal dimana peningkatan kadar jenayah akan berlaku, namun pembangkang tetap juga inginkan supaya ordinan tersebut dimansuhkan kerana mungkin juga ada kepentingan disitu.

Nampaknya Guan Eng memang tidak bijak menangani atau nemahami sesuatu perkara tapi masih mahu menjawat jawatan sebagai Menteri.