Ahad, 28 Julai 2013

@NajibRazak IDEALOGI KOMUNIS MENULAR SEMULA !!! APA TINDAKAN KERAJAAN ???

Sangkakala terbaca tentang sebuah filem yang dikatakan terlalu rasis yang mana ianya membuat pendedahan kononnya seolah olah komunis adalah pejuang kepada kaum cina di Malaysia dalam beberapa buah blog tempatan.


Tidak ketinggalan memainkan isu filem ini ialah Dr Novandri yang mempunyai pandangan sendiri tentang filem penuh kontroversi ini.

Baca pandangan beliau DISINI.

Sangkakala pula mempunyai pandangan lain tentang filem ini yang mana Sangkakala lihat seolah olah ada orang yang sengaja untuk menaikkan semula semangat dan ideologi komunis dalam negara.

Lagi satu, daripada apa yang Sangkakala lihat, tidak ada seorang pun dikalangan pembangkang yang memberikan komen tentang filem ini seolah olah ianya memang sudah dirancang untuk menutup cerita Tanda Putera yang mendapat tentangan hebat daripada pembangkang hingga menidakkan filem tersebut ditayangkan di panggung.

Tapi pelik pulak, kenapa The New Village mendapat kelulusan tayangan dan FINAS seolah olah berdiam diri tanpa melakukan penapisan terhadap filem ini hingga ianya boleh melepasi saringan kelulusan.

Syarikat penerbitan gilem ini juga di pertikai kerana namanya YELLOW MOVIE SDN BHD, adakah ianya secara kebetulan atau sengaja di reka untuk menunjukkan bahawa mereka juga mampu untuk membuat sebuah filem.

Kerajaan tidak boleh terlalu berlembut dalam isu isu sebegini kerana ianya akan membuatkan rakyat bertambah marah dan apa yang paling merisaukan ialah idealogi ini akan merebak seterusnya menjadi masalah kepada negara satu masa nanti.

Sangkakala harap pihak kerajaan menarik semula penayangan filem ini kerana ianya tidak sesuai dengan penonton negara ini yang bebas dari komunis.

Tidak perlu kita cuba mengagung agungkan mereka yang pernah melakukan satu perkara yang buruk dan mereka mereka yang pernah menyusahkan rakyat Malaysia.