Ahad, 21 Julai 2013

#KualaBesut @zahid_hamidi PRK KUALA BESUT PALING SELAMAT


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam lawatan ke Martek petang ini mengatakan bahawa pilihanraya kecil Kuala Besut adalah antara yang paling sedikit laporan polis.

Cuma ada 4 kes siasatan yang dibuka sepanjang tempoh berkempen psehingga hari ini dan ini adalah satu perkara yang amat membanggakan menurut beliau. 


Dalam sidang media yang diadakan petang tadi, beliau turut mengatakan bahawa peruntukan yang disediakan oleh kerajaan untuk pasukan polis pada pilhanraya kali ini berjumlah RM 10.5 juta ringgit.

Semasa disoal pemberita tentang kempen 16 16 yang diperkatakan oleh pembangkang,  beliau mengatakan bahawa sekiranya kejadian itu berlaku maka ianya adalah satu kerugian buat rakyat atau penduduk di Kuala Besut dan negeri Terengganu kerana ianya tidak akan membawa kepada kestabilan pentadbiran.

Datuk Seri Zahid hari ini mengadakan lawatan untuk meninjau senario berkempen di Kuala Besut.



sila klik like dalam page facebook PRK Kuala Besut dengan melayari pautan ini https://www.facebook.com/1kualabesut