Selasa, 16 Julai 2013

#KualaBesut KU ZAIHAN DISENANGI PENDUDUK KUALA BESUT !!! PAS SERBA SALAH

Kalau nak diikutkan, rata rata penduduk di Kuala Besut amat mengenali calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan yang dikatakan begitu menghormati orang lain.

Lagi gambar keramahan Tengku Zaihan dalam pautan dibawah..

http://bit.ly/14U0o5b

Dengan sikap yang begitu, jelas telah memberikan satu tamparan dimana selama ini PAS beriya iya mengatakan bahawa bekas Jurutera Jabatan Perngairan dan Saliran Daerah Besut ini tidak dikenali oleh orang setempat.

Ini juga membuatkan PAS Besut bertambah risau apabila calon mereka, Che Long selama ini hanya dikenali oleh orang orang PAS dan sikap kemesraan beliau terhadap masyarakat juga dikatakan kurang.

Rata rata mereka yang ditemui oleh Tengku Zaihan dilihat amat mesra dengan beliau dan ini mungkin kerana beliau telah berkhidmat di tempat kelahiran beliau sendiri di Besut selama 5 tahun bermula dari tahun 2008 hingga 2013.

Beliau telah ditukarkan ke Putrajaya sejak bulan Mac 2013 dan dalam tempoh 5 tahun berkhidmat di Besut ramai dikalangan penduduk amat mengenali beliau.

Dengan keramahan beliau, penduduk Kuala Besut dilihat tidak kekok untuk bergaul mesra dengan beliau setiap kali beliau melakukan lawatan kempen dan kehadiran beliau ke tempat tempat kempen dilihat amat disenangi.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone