Selasa, 16 Julai 2013

#KualaBesut KENYATAAN PAS BESUT BERCANGGAH TENTANG CALON BN

Sebelum ini PAS Besut mengatakan bahawa calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan adalah orang luar dan tidak mempunyai sesiapa di kawasan Kuala Besut dan beliau tidak mempunyai kediaman di kawasan ini.

Tapi apa yang disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Besut Wan Azhar Wan Ahmad bercanggah dengan apa yang disampaikan oleh mereka sebelum ini, Wan Azhar berkata bahawa ahli keluarga Tengku Zaihan telah bertemu dengan mereka untuk menyatakan sokongan, jadi yang mana satu betul dan perlu diikuti oleh pengikut mereka?

PAS nampaknya keliru dengan kenyataan mereka sendiri dan seperti biasa taktik memfitnah mereka gagal sekali lagi.

Inikah kepimpinan Islam yang disebut sebut oleh mereka selama ini? Bukankah fitnah itu satu dosa besar dan sebagai parti yang mengatakan bahawa mereka menegakkan syiar Islam, tidak sepatutnya mereka memfitnah calon Barisan Nasional sedemikian rupa.

Sangkakala amat yakin bahawa apa yang dikatakan oleh mereka (PAS) tentang pertemuan dengan ahli keluarga Tengku Zaihan juga adalah satu fitnah serta penipuan yang jahat dalam mereka mengejar jawatan politik.