Rabu, 24 Julai 2013

#KualaBesut JENTERA BN PERAK JALANKAN TUGAS CEMERLANG

Ketua Penerangan UMNO negeri Perak, Dato' Saarani Muhammad memuji jentera pilihanraya UMNO/BN negeri Perak yang berjaya menunjukkan komitmen yang tinggi dalam prk Kuala Besut.

Beliau berkata BN Perak telah menghantar 25 orang jentera tetap dan dibantu dengan jentera yang pergi dan balik disamping jentera yang dibawa menggunakan 2 buah bas pada hari ini.

Ikuti penjelasan beliau dalam video dibawah..

KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO

Walaupun ada jentera dari bahagian angkat yang sama sama berkhidmat di PDM kampung Nangka, namun yang benar benar menjalankan tanggungjawab bagi memastikan kemenangan diperolehi di kawasan tersebut.

Tapi biasalah, apabila dah tak boleh buat kerja atau melakukan tugas, maka akan mulalah ada tangan tangan yang akan menunjukkan kepada orang lain walaupun orang yang ditunjukkan itu menjalankan kerja dengan sempurna.

Itulah yang berlaku dan dialami oleh jentera UMNO/ BN negeri Perak apabila ada dikalangan jentera dari bahagian angkat yang sama sama menjaga PDM kampung Nangka mengatakan bahawa mereka tidak berkerja walaupun berpanas dalam keadaan berpuasa keluar untuk mencari serta bertemu dengan pengundi

Jadi Sangkakala juga ingin mengucapkan tahniah kepada jentera UMNO/BN negeri Perak khususnya wanita dan anggaplah apa yang diperkatakan oleh orang lain tu sebagai cubaan dan dugaan di bualan puasa.

Semoga apa yang kita lakukan akan mendapat berkat dari Allah dan bagi mereka yang mengeluarkan apa juga tohmahan dan kritikan tersebut..insyaallah akan mendapat hidayah.