Khamis, 25 Julai 2013

#KualaBesut HUSAM SALAHKAN JENTERA PAS TERENGGANU

Dah jadi kebiasaan, bila dah kalah mula akan menyalahkan pihak lain, dalam pilihanraya umum yang lalu, puak pakatan salahkan SPR, kali ni si Husam pulak mesti salahkan jentera PAS Terengganu yang memboikot kempen pilihanraya.

Walau macam mana pun, kekalahan Che Long bukanlah disebabkan jentera pilihanraya, tapi disebabkan oleh pengundi yang sudah mula muak dengan kerenah PAS.

Tambahan pula kini PAS sudah mula memainkan apa yang mereka katakan dulu pada UMNO contohnya isu rasuah, PAS memainkan isu pemberian BR1M sebagai rasuah oleh kerajaan kepada rakyat, sedangkan itu adalah salah satu tanggungjawab kerajaan untuk memberikan semula keuntungan kerajaan kepada rakyat untuk dikongsikan bersama.

Tapi di Kuala Besut lain pula terjadi, PAS memberikan petrol percuma kepada kenderaan, tetapi perlulah berumur 21 tahun ke atas.

Itu adalah bukti kuat dimana Husam telah gagal untuk menjalankan kerja dan tanggungjawab beliau hingga terpaksa memberikan rasuah kepada rakyat dalam bentuk minyak petrol.

Dan kali ini pengundi di Kuala besut sudah lebih matang, dengan penambahan undi kepada calon Barisan Nasional nampak mereka tidak boleg digula gulakan oleh pembangkang walau dengan apa cara sekalipun.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: