Khamis, 18 Julai 2013

#KualaBesut BUKTI PAS BAHAM TANAH DIDEDAHKAN !!! ADA BANTAHAN ???


Dalam PAS mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional membaham tanah rakyat..rupa rupanya kerajaan PAS yang terlibat dengan kes kes sebegitu.

Ikuti pendedahan yang dilakukan oleh blogger teganuku yang merungkai semua kes yang membabitkan tanah di Negeri Terengganu khususnya

'Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan wakil rakyatnya bukan sesuka hati mengambil tanah rakyat ketika memerintah Terengganu selama ini.

Isu tanah hanyalah isu lama yang sengaja diulang-ulang kerana PAS ataupun pembangkang. Mereka cuba menarik perhatian rakyat di Kuala Besut selepas tidak ada isu baru yang hendak dibangkitkan pada sesuatu pilihan raya, khususnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut yang akan berlangsung 24 Julai ini.

Bukan sekadar membahagikan tanah kerpada rakyat tetapi Kerajaan Negeri Terengganu turut membeli semula tanah orang Melayu yang terjual di bandar Terengganu melalui Tabung Warisan Negeri bagi ‘menyelamatkan tanah terlepas ke tangan asing’.

Diberitahu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini bahawa  lebih 50 lot sudah terjual dan Kerajaan Negeri berbelanja beratus juta ringgit bagi tujuan ini kerana banyak tanah yang ‘sudah terlepas’ antara Bulatan Penyu di Ladang hinggalah ke Flat Kolam dalam bandar raya Kuala Terengganu.

Baca seterusnya DISINI

Jadi ada apa apa yang PAS Terengganu nak katakan lagi pasal isu tanah? Atau akan mencuba lagi memfitnah UMNO dan Barisan Nasional yang selama ini bertungkus lumus membantu rakyat Terengganu.