Selasa, 23 Julai 2013

#KualaBesut BERI PETROL PERCUMA !!! RASUAH ATAU HADIAH ???

Wahh..dalam blog brader jai ada artikel yang membuktikan bahawa PAS sebenarnya memang sebuah parti yang mengamalkan rasuah kepada pengundi.

Baca selanjutnya dalam link dibawah
http://bit.ly/18Afhyu

Siap bagi petrol percuma pulak lagi tu kepada para pengundi mereka, apa dah jadi ni? Kalau dulu selalu sangat kita dengar PAS akan kata UMNO parti rasuah tapi rupa rupanya PAS yang mengamalkan rasuah.

Kata dulang paku serpih, mengata orang tapi PAS yang lebih.

Sangkakala tak mahu apa apa, cuma nak minta mana mana pemimpin ulama PAS keluarkan apa apa fatwa berkenaan dengan pemberian minyak petrol percuma ni.

Adakah mereka akan mengatakan bahawa ianya zakat stetsen minyak caltex tersebut kepada pengguna jalanraya?

Sebab baru baru ni, Haji Hadi menempelak dengan mengatakan bahawa Ketua Pemuda UMNO Malaysia memberikan rasuah kepada rakyat, sedangkan itu adalah bantuan dari kementerian belia dan sukan kepada golongan belia di Kuala Besut.

Tapi minyak petrol ni siapa nak jawab? Haji Hadi boleh tolong jawab ke isu pemberian percuma ni?




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: