Isnin, 29 Julai 2013

@Khairykj ARMAND DAN PISANG TAK BOLEH DIPISAHKAN

Sangkakala baca dalam blog Kulaan Niring yang menceritakan bagaimana beliau mengenali Armand Azha.

Yang sebenarnya Sangkakala juga mengenali Armand agak rapat dan Sangkakala akui memang bekerjasama dengan Armand agak menyelesakan.

Sangkakala pernah sama sama dalam himpunan PATRIOT bersama dengan Armand dan disitu Sangkakala nampak bagaimana Armand, Lokman Adam dan beberapa pemimpin pemuda termasuklah Ketua Pemuda UMNO Malaysia saudara Khairy Jamaluddin yang benar benar berjuang mempertahankan kedaulatan orang melayu.

Selian dari itu Sangkakala dengar Armand telah menawarkan diri sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia dan Sangkakala amat menyokong beliau bertanding untuk ke arah itu.

Pernah juga Sangkakala menulis tentang artikel yang dikeluarkan oleh Armand tentang pisang, oren dan epal yang mana ianya menunjukkan golongan elitis, bangsawan dan kumpulan marhaen.

Mungkin kumpulan marhaen tidak dipandang untuk menjadi peneraju parti selama ini tetapi kali ini mungkin beberapa orang dari golongan marhaen atau golongan bahawan dan pertengahan diangkat sebagai pemimpin dalam mengimbangi lanskap kepimpinan pemuda UMNO Malaysia.

Armand telah menawarkan diri untuk bertanding sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia dan seharusnya peluang ini diberi kepada beliau bagi mewakili golongan marhaen yang agak sukar melontarkan suara serta pandangan walaupun kadangkala ada suara dan pandangan yang bernas serta boleh digunapakai untuk membantu dalam memantapkan parti.

Kepada perwakilan yang layak untuk mengundi, Sangkakala harap agar peluang diberi kepada Armand untuk menjadi wakil kumpulan pisang atau marhaen bagi menyuarakan apa yang terbuku dihati.

Ini kerana Armand dan pisang tidak dapat dipisahkan dan pisang ini paling mudah ditemui selain kita tau dari mana asal usulnya berbanding dengan oren dan epal yang hanya kita ketahui buahnya, namun pokok tidak kita ketahui mana rupanya.


pssttt..armand nak tanam pisang tak??




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: