Sabtu, 27 Julai 2013

GURU BESAR SEKOLAH SK SRI PRISTANA DIANIAYA RAKAN DAN KAKITANGAN SENDIRI


Kecoh satu negara dengan insiden sebuah sekolah di Sungai Buluh yang mana seorang guru besar di tuduh membiarkan anak murid sekolah berkenaan yang buian beragama islam makan di bilik persalinan sekolah tersebut.


Apa masalah sebenarnya makan di bilik persalinan yang tidak mengandungi najis dan hanya digunakan sebagai bilik persalinan dan ianya Sangkakala lihat teratur serta bersih seperti gambar diatas.

Ada juga laporan yang mengatakan bahawa beberapa orang guru di sekolah tersebut telah membuat laporan polis berhubung dengan perkara itu.

Seorang ibu kepada murid sekolah berkenaan telah menghantar status beliau dalam laman sisoal facebook yang meminta supaya orang luar jngan campur tangan dalam hal tersebut dan beliau mengatakan bahawa tidak menjadi masalah untuk pelajar pelajar sekolah berkenaan makan di bilik persalinan tersebut.


Bagi Sangkakala, ada kemungkinan guru guru yang mengambil tindakan membuat laporan polis tersebut adalah dari pihak pembangkang, Sangkakala katakan perkara ini ada kemungkinan apabila guru besar sekolah berkenaan secara terang terangan telah memberitshu bahawa beliau adalah orang UMNO, dan ini mungkin juga ada unsur dendam.

Ada juga beberapa perkara lain yang Sangkakala lihat berlaku dalam insiden itu seperti mereka mereka yang telah mengambil kesempatan dengan mengutuk guru tersebut, dan dalam hal ini pula, Sangkakala lihat seperti afa sesuatu yang tidak kena.

Ianya seperti menangguk di air keruh, berbalik kepada laporan polis yang dilakukan oleh beberapa orang kakitangan tadi, kenapa baru kini mereka melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis? Sedangkan perkara tersebut telah berlaku sejak awal bulan ramadhan dan ada ibu bapa yang mengatakan bahawa mereka sedia maklum yang anak mereka makan di tempat tersebut.

Sepatutnya, sebagai guru dan kakitangan yang bertanggungjawab, mereka seharusnya membuat laporan polis tersebut sebelum perkara ini disebar oleh orang luar kerana mereka ( guru dan kakitangan) dalam sekolah berkenaan sudah pastinya lebih arif gengan apa yang berlaku di sekitar sekolah berkenaa.

Jadi disini Sangkakala ingin menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya sama sama bangkit mempertahankan guru besar berkenaan kerana daripada apa yang Sangkakala tahu juga, tindakan sekolah menjadikan bilik persalinan tersebut sebagai tempat makan telah dipersetujui oleh mesyuarat PIBG, dan bagi Sangkakala ianya sudah memadai sebagai makluman kepada semua ibu bapa murid serta kakitangan sekolah berkenaan.






Tiada ulasan: