Ahad, 28 Julai 2013

CALON NAIB KETUA PEMUDA !!! SIAPAKAH YANG PALING LAYAK ???

Antara 6 orang yang dikatakan akan bertanding sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia siapa yang akan dinobatkan nanti sebagai pengganti tempat yang dikosongkan oleh YB Dato Razali Ibrahim? 


Sangkakala mempunyai beberapa pendapat tentang keenam enam orang calon ini bermula daripada Ketua Pemuda UMNO negeri Perak yang juga merupakan salah seorang yang menawarkan diri un5uk jawatan kedua tertinggi pergerakan tersebut.

Khairul Azwan Dato Harun atau Azwanbro merupakan seorang peniaga yang berjaya dan kalau diikutkan buat masa ini beliau memang dilihat rapat dengan ketua pergerakan pemuda UMNO Malaysia. 


Dengan beberapa perniagaan yang dilihat mempunyai potensi untuk masa hadapan, Azwanbro dilihat mampu untuk menjadi funder kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia. 

Kelebihan yang ada pada beliau ialah, beliau merupakan pengerusi akademi pemuda yang dilihat boleh membawa perubahan kepada lanskap pergerakan pemuda jika ianya direalisasikan dengan sepenuhnya, dan satu lagi beliau adalah satu satunya ketua pemuda negeri yang menawarkan diri untuk bertanding.

Kita pergi ke EXCO Pergerakan Pemuda pula, saudara Lokman Adam.


Pengerusi unit pidato pemuda UMNO Malaysia ini dilihat popular kerana telah mengelilingi seluruh negara dalam memberikan ceramah serta memberikan latihan untuk berpidato kepada ratusan orang pemuda diseluruh negara dan ini adalah kelebihan kepada beliau kerana boleh dikatakan seluruh ketua serta pemuda bahagian dalam negara sudah mengenali beliau.

Beliau juga dilihat berpotensi untuk memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda kerana dengan memiliki rangkaian di seluruh negara serta merupakan panel pemikir JASA. 

Lokman banyak menggunakan Instagram berbanding dengan twitter dan facebook yang mana setiap gambar yang dimuat naik merupakan aktiviti yang beliau lakukan sepanjang hari dan ini juga dilihat sebagai satu pendekatan yang baik walaupun bukanlah yang terbaik dalam medium media sosial.

Jamawi Jaafar, ketua pemuda UMNO bahagian Tenom, Sabah yang baru baru ini telah mengisytiharkan bahawa beliau akan bertanding sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan merupakan seorang calon yang berani membuat pendedahan dan kalau tak silap, beliau adalah orang pertama yang membuat kenyataan secara terbuka untuk masuk ke gelanggang pertandingan.


Pengerusi biro kesenian dan kebudayaan pergerakan pemuda UMNO Malaysia ini dikatakan disenangi oleh ketua ketua pemuda bahagian kerana telah banyak membantu mereka kononnya dan satu lagi kelebihan yang ada pada Jamawi ialah jentera pemilihan beliau yang kemungkinan besar dilakukan oleh gilongan artis kerana beliau sebagai pengerusi biro kesenian sudah pasti rapat denga penggiat seni tanah air.

Beliau juga dikenali kerana beliau menjawat jawatan sebagai pegawai khas kepada Datuk Seri Shafiee Afdhal yang merupakan menteri di kementerian luar bandar dan pembangunan wilayah serta mempunyai kelebihan dalam Public Relation (PR) bersama ketua ketua pemuda bahagian lain.

Selain itu juga Sangkakala ada dimaklumkan bahawa Jamawi kerapa melakukan program progran di bahagian dan ianya mengalahkan program program yang dilakukan oleh Ketua UMNO Bahagian.

Ketua Pemuda UMNO bahagian Lenggong, saudara Iruan pula dilihat langsung tidak popular kerana tidak langsung melakukan apa apa pergerakan sepanjang memegang jawatan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sejak tahun 2008 dan beliau juga dilihat terlalu elitis sama seperti Azwanbro tetapi di peringkat negeri pun beliau tidak popular walaupun mempunyai jawatan di peringkat pusat.


Memegang jawatan pengerusi biro sosio etika yang langsung tidak bergerak dan tidak diketengahkan membuatkan Iruan tidak dapat menempatkan diri atau nama beliau di bibir ketua ketua pemuda UMNO bahagian dalam negara dan ini dilihat agak sedikit menyukarkan beliau untuk melobi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. 

Timbalan pengerusi Unit Media Baru yang juga merupakan ketua pemuda seputeh dilihat berani untuk menempatkan sebagai calon NKPPPUM kerana beliau sebelum ini bukan dari kalangan EXCO Pemuda UMNO Malaysia tapi bercadang untuk masuk bertanding.


Saudara Razlan dilihat tidak berapa popular dikalangan pemuda pemuda bahagian tetapi mempunyai kekuatan yang amat kuat di dalam media sosial kerana ramai pengikut serta dikatakan mempunyai jentera siber yang ampuh untuk meletakkan diri beliau sebagai calon NKP.

Beliau juga merupakan seorang yang amat lantang bersuara dan pernah melontarkan beberapa pandangan serta pendapat yang agak bernas dalam isu isu pemuda serta nasional.

Saudara Nazir telah berjaya memberikan peluang pekerjaan kepada ratusan anak muda melalui program BN Youth Job Fair.


Dengan pengalaman menguruskan program besar seperti itu, adalah tidak mustahil Nazir mampu untuk memberikan saingan kepada semua calon calon yang ada.

Ini adalah kekuatan kekuatan yang Sangkakala lihat ada pada 6 orang calon kecuali Iruan yang Sangkakala lihat memang tidak mempunyai kekuatan langsung untuk memegang jawatan kedua tertinggi pemuda ini.

Tapi kepada semua calon, jangan silap, Sangkakala akan dedahkan pula kelemahan yang ada pada mereka setelah selesai membuat risikan nanti, jadi sama sama lah kita tunggu pendedahan yang Sangkakala akan buat nanti.