Rabu, 31 Julai 2013

BAKAL CALON PEMILIHAN UMNO !!! JANGAN SALAH BAWA ORANG

Pemilihan di peringkat Bahagian akan dilakukan dalam bulan oktober nanti dan pemilihan di peringkat pusat akan diadakan dalam bulan november.

Apa yang Sangkakala nak bagi tau kat sini, bukan le apa sangat, tapi kepada calon calon diperingkat tinggi supaya kalau nak bawa orang bertanding sama haruslah tengok tengok juga.

Jangan sampai nanti kerana orang yang dibawa, akan hancurkan diri sendiri sama, kena tengok orang yang dibawa tu sama ada diterima oleh perwakilan atau sebaliknya dan jalan terbaik ialah jalan sendiri.

Tak payah nak fikir pasal orang, lepaskan diri sendiri dulu sebab kedudukan kita sebagai calon belum tentu boleh menang dan jangan disebabkan orang yang kita nak bantu kononnya, langsung peratus kemenangan hilang ataupun kurang.

Itu sebenarnya amat merbahaya dan dari apa yang Sangkakala pernah perhatikan, ada beberapa orang rakan yang dulu pernah bertanding dan bawa orang lain untuk menjadi pengikut dalam pertandingan akhirnya menemui kegagalan.

Mungkin kita merasakan atas dasar kawan kawan maka kita bawa mereka sama sedangkan kita perlu baca, jika mereka ada kekuatan, maka tidak perlu mereka menawarkan diri untuk bersama dalam kapal kita sekali, mungkin mereka yang ingin mengikut telah membaca bahawa mereka tidak mampu untuk menang dan hanya berharap kepada kekuatan kita semata mata.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: