Selasa, 25 Jun 2013

BLOGGER PROBN MUSNAHKAN PARTI DARI DALAM ???

Sangkakala terbaca dalam blog mykmu.net yang mengeluarkan artikel tentang DAP membayar blogger probn untuk menghancurkan parti dari dalam dengan cara melaga lagakan pemimpin.

Baca di SINI

Nak kata dibayar tu Sangkakala tak berani ke nak cakap sebab takde bukti, tapi kalau tentang melaga lagakan pemimpin tu Sangkakala setuju juga sebab sekarang ni kita nampak memang ada blogger probn yang menulis kearah itu..cuma atas arahan siapa dan mengapa..hanya penulis sahaja yang tahu.

Apa yang Sangkakala perhatikan kini ada beberapa gerakan yang cuba untuk melaga lagakan tempat pertama dan kedua kepimpinan UMNO atau dengan kata lainnya melayarkan kapal untuk tempat kedua melompat ke tempat pertama dalam parti. 

Memang tidak dinafikan bahawa perkara ini adalah sesuatu yang agak kurang sihat tambahan pula ianya berlaku didalam parti yang menjadi pemerintah buat masa ini dan ianya sememangnya akan menjadi duri dalam daging dan enau dalam belukar.

Tapi ada satu yang perlu kita lihat..tidak semestinya DAP atau pembangkang yang mencetuskan semua onar ini..ada kemungkinan ianya juga didalangi oleh kepimpinan dalam parti itu sendiri dan Sangkakala yakin bahawa ianya tidak mustahil. 

Seperti biasa..ada beberapa orang blogger yang memang berkerja untuk pemimpin UMNO dan kemungkinan untuk meletakkan boss mereka di satu tahap..maka mereka memulakan peperangan dengan cara laga melagakan diantara satu pemimpin dengan pemimpin yang lain.

Jadi kepada para blogger yang ada menulis sebegitu..Sangkakala rasa fikir fikirkanlah..apa yang kamu buat..itu hak kamu..itu blog kamu..orang lain tak boleh nak kata apa.