Jumaat, 14 Jun 2013

#505 PAKATAN BEGADUH DENGAN DBKL

Pelik betul la puak pembangkang ni, kalau dah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tak bagi nak berhimpun di Dataran Merdeka atau di Padang Merbok tak payah la nak berhimpun lagi.

Lagi pun dalam PRU dah kalahkan? Sudah sudah la tu, yang pengikut si Anwar Ibrahim ni pun satu bodoh juga, apa saja yang disuruh buat mesti buat, takde la fikir apa kesan masa depan.

Nak berhimpun di tengah tengah Kuala Lumpur, dah tau kawasan tu sibuk disitu juga la nak bekumpulnya, cuba pegi kumpul dalam stadium apa salah.

Mungkin mereka ni ingat Anwar Ibrahim tu benar benar nak membela nasib rakyat agaknya, yang sebenarnya dia cuma nak jadi Perdana Menteri untuk membalas dendam pada kerajaan Barisan Nasional dan pemimpinnya yang fikatakan memenjarakan beliau satu masa dulu.

Tapi kalau dah salah, takkan nak biarkan macam tu je kan, mesti ada hukuman sebab  Malaysia ni negara yang ada undang undang, bukan boleh main suka suka je.

Jadi untuk mencapai matlamat tersebut, Anwar telah menghasut rakyat dengan melemparkan pelbagai fitnah kepada kerajaan Barisan Nasional.