Sabtu, 22 Jun 2013

#505 HIMPUNAN KEGAGALAN PAKATAN PEMBANGKANG

Malam tadi Sangkakala sempat bersembang dengan beberapa orang dikalangan pengikut pakatan pembangkang, rata rata mereka mengatakan bahawa himpunan pada hari ini akan menyaksikan kegagalan kepada pihak pakatan pembangkang kerana mereka yakin bahawa hari ini kehadiran tidak akan menepati sasaran.

Mereka ini bercakap berlandaskan daripada beberapa kenyataan bercanggah yang dikeluarkan oleh pemimpin pakatan pembangkang tentang kehadiran peserta terutamanya dari PAS. 

Ada pemimpin yang mengatakan bahawa ahli wajib hadir beramai ramai dan ada pula yang mengatakan bahawa tidak perlu hadir dan menerima keputusan pilihanraya yang diadakan baru baru ini.

Salah seorang yang Sangkakala temui malam tadi juga mengatakan bahawa kekurangan kehadiran ini dapat dilihat semasa himpunan di Petaling Jaya kerana ianya kurang hampir separuh daripada kehadiran di Kelana Jaya.

Seorang lagi peserta mengatakan sekiranya hari ini dalam himpunan ini dilihat semakin berkurangan kehadiran, maka pakatan pembangkang tidak lagi perlu untuk mengadakan himpunan kerana sokingan kepada mereka dilihat sudah tiada dan jika diadakan lagi, ianya sudah pasti memalukan pakatan pembangkang itu sendiri.

Seorang lagi peserta pula berkata bahawa sudah jelas kelihatan bahawa pengikut pakatan pembangkang sudah mula keletihan dengan himpunan demi himpunan dan beliau yang mendakwa pernah bersemuka dengan Rafizi Ramli selaku pengaturcara program himpunan hari ini berkata bahawa Rafizi sendiri sudah tidak mempunyai harapan untuk menukar kerajaan melalui jalanraya.

Beliau juga mengatakan bahawa Rafizi sendiri berkata kepada beliau bahawa himpunan ini diadakan semata mata untuk mencalarkan imej pemimpin kerajaan dengan menunjukkan kepada orang orang luar bahawa ada yang menolak kepimpinan kerajaan walau pun Barisan Nasional menang dalam pilihanraya baru baru ini. 

Daripada perbualan antara mereka dengan Sangkakala, jelas menunjukkan bahawa pakatan pembangkang tidak mempunyai isu kukuh untuk membolehkan mereka menukar kerajaan Barisan Nasional sebenarnya, apa yang ada hanyalah harapan yang semakin pudar  dimana sokongan kepada mereka dilihat semakin berkurangan. 

Ada juga yang mengatakan bahawa sudah sampai masanya pakatan pembangkang melakukan tugas sebagai Ahli Parlimen dan bukannya membawa mereka turun ke jalanraya kerana himpunan demi himpunan tidak menampakkan hasil yang positif. 

Hairan juga Sangkakala bila mendengar apa yang dikatakan oleh mereka ini, dalam kata sudah kepenatan tapi masih lagi pergi ke himpunan.

Punyalah bodoh bin bangang, yang berhimpun tu untuk apa? Untuk menaikkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri? Lepas dia naik apa pengikut ni dapat? Kenal ke Anwar pada semua yang hadir tu atau nanti akan ada pertanyaan awak ni orang mana? Semua itu akan terjadi sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri kerana apa? Kerana Anwar hanya ingin membalas dendam terhadap kerajaan Malaysia dan apabila dendam ini mula terbalas maka yang nenerima impak dari semua itu adalah rakyat.