Khamis, 23 Mei 2013

UMNO JANGAN LEKA KELAK JADI PEMBANGKANG #505

Sangkakala terbaca dengan satu artikel yang dikeluarkan oleh blogger tokguru86.blogspot.

Satu penulisan yang amat baik dan penuh dengan keinsafan Sangkakala rasa, sebab apa Sangkakala katakan begitu? Sebab apa yang tertulis di dalam artikel tersebut ada benarnya.

Dengan penuh rasa tanggungjawab, penulis blog ini sebenarnya memberikan nasihat yang amat berguna dan ianya perlu dijadikan iktibar oleh semua golongan pimimpin dalam UMNO.

Bukan tujuan untuk menghentam dan mengkritik tanpa sebab, ianya Sangkakala lihat amat mendalam maknanya kerana penulis ini juga adalah dikalangan anak muda yang mahukan keamanan dan kestabilan dimasa hadapan.

Memang ramai dikalangan Ketua Ketua UMNO cawangan dan bahagian seolah olah melihat dengan penyertaan golongan muda yang profesional seumpama parasit oleh mereka dan tidak mustahil UMNO akan tumbang satu masa nanti jika perkara ini tidak dibendung dari awal.

Golongan profesional seperti Doktor, lawyer dan sebagainya amat diperlukan sebenarnya untuk menyambung kesinambungan atau menjadi talian hayat kepada UMNO dimasa hadapan.

Tetapi mereka ini tidak diberikan peluang serta ruang untuk sama sama berkhidmat kepada masyarakat, tapi kenapa mereka ini diletakkan ketepi?

Seperti kata penulis laman blog tokguru86, mereka ini dikhuatiri akan menjadi saingan kepada mereka dalam mengejar jawatan dalam parti dan ini adalah satu masalah walaupun tidak besar tapi cukup merisaukan dan sekiranya keadaan ini berterusan adalah amat tidak mustahil sekiranya UMNO dan Barisan Nasional akan menjadi pembangkang kelak.

Baca laporan selanjutnya di pautan di bawah

http://bit.ly/196KWoV




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: