Khamis, 23 Mei 2013

#tolakPR #505 TUNJUK HANDAL TAK BERTEMPAT

Hari ni je dah beberapa orang yang berucap dalam forum mengenai dakwaan penipuan pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei lalu di tangkap.

Ini termasuklah MP Batu Tian Chua, akvtivis Haris Ibrahim dan aktivis PAS Tamrin Ghafar dalam operasi berasingan.

Ianya juga dipercayai berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini.

Tian Chua dalam tulisannya di Twitter hari ini menyebut, beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang LCCT kira-kira tengahari.

Nah, ingatkan handal sangat, rupanya kena tangkap juga, tapi yang sebenarnya mereka ni memang suka ditangkap polis kerana ini akan menunjukkan mereka adalah aktivis yang hebat kononnya walaupun ramai rakyat Malaysia tahu bahawa mereka ini selalu mencetuskan kontroversi seperti ingin mengadakan himpunan haram dan sebagainya.

Chegu Bard pulak kata kini beliau ada di KL, baru dihubungi isteri, maklumkan sekumpulan polis datang mencari saya di rumah ibu di Seremban, saya mohon masa tiga minggu berunding macam (dengan penceroboh) Sulu, itu yang ditulis oleh beliau di Twitter.

Sangkakala tengok Chegu Bard ni hanya berani dalam twitter dan media sosial, teringat pula Sangkakala masa himpunan BERSIH 3.0 dulu dimana terdapat gambar Chegu Bard menyembah pasukan polis agar tidak mengapa apakan beliau walau pun beliau langsung tidak disentuh oleh anggota polis pada masa itu.

Berani sebab tak bedepan je lah Chegu Bard ni, kalau bedepan belum tau lagi macam mana agaknya kan.

Menyembah lagi kot, apa apa pun Sangkakala amat yakin, dalam masa terdekat Chegu Bard akan masuk lokap sama macam Tian Chua dan lain lain dan pada masa itu nanti boleh lah berhimpun ramai ramai dalam lokap.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: