Isnin, 20 Mei 2013

TINDAKAN MUKHRIZ DIKECAM HEBAT OLEH PAKATAN

Keengganan Menteri Besar Datuk Muhkriz Mahathir memberikan Stadium Suka Menanti menandakan isyarat kemunculan pentadbiran "mini Mahathirfiruan" di negeri Kedah, kata anggota parlimen PKR.

Wakil Rakyat Alor Setar daripada PKR Gooi Hsiao Leung berkata, Kedah menuju hari hitam dan kemerosotan kebebasan demokratik setelah Pakatan membuka stadium itu kepada semua dalam pentadbirannya lima tahun sebelum ini.

Mungkin wakil rakyat PKR ini kurang pendidikan tentang undang undang agaknya, himpunan sebegitu telah diberi tahu tidak mendapat kelulusan dari pihak berkuasa, macam mana nak bagi kelulusan menggunakan stadium kalau kelulusan dari pihak polis tiada?

Lagi pun sebagai seorang menteri besar, tindakan Dato' Mukhriz adalah tepat kerana beliau tidak mahu ada gangguan yang tidak membina seperti itu dijalankan di negeri di bawah pentadbiran beliau.

Bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas perdana menteri dalam era perhimpunan Reformasi membantah pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada 1998 turut mendapat gelaran hampir sama, iaitu "Mahafiraun" di Internet.

Apa yang Sangkakala nampak, mereka juga sudah mula memberi gelaran kepada Dato' Mukhriz sebagai "Mahafiruan" itu adalah perkataan yang diterbalikkan penggunaanya.

Mukhriz pada Sabtu lalu berkata, beliau tidak akan membenarkan pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, kerana ia bertujuan menimbulkan rasa benci terhadap kerajaan yang mendapat mandat rakyat.

Mukhriz dah bagi syarat alau setakat nak berhimpun takde masalah. Tapi kandungan ucapan oleh pemimpin pakatan pembangkang sarat dengan tohmahan dan dakwaan tidak berasas, itu yang membuatkan beliau tidak memberikan kebenaran untuk penggunaan stadium tersebut.

Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar pada hari yang sama merayu supaya Mukhriz selaku pengerusi Perbadanan Stadium Kedah membenarkan perhimpunan itu setelah ia ditolak pengurusan stadium.

Nampak sangat Pakatan Pembangkang memang suka dengan himpunan haram seperti ini untuk meliwat pemikiran rakyat khususnya pengikut mereka dan perkara seperti ini seharusnya di bendung dan tidak dibiarkan.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: