Ahad, 19 Mei 2013

TAHNIAH DATO MUKHRIZ

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak akan membenarkan parti pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Selasa ini kerana perhimpunan seperti itu tidak wajar diadakan.
    
Katanya walaupun beliau berpendapat mana-mana pihak boleh mengadakan perhimpunan tetapi pengisiannya perlu diteliti sebelum diberikan kebenaran.

Tahniah Sangkakala ucapkan kepada beliau kerana berani untuk menghalang pakatan pembangkang daripada terus menghasut rakyat negara ini terutamanya di Kedah.

Lagi pun Sangkakala tengok Anwar dah macam orang gila sebab tak dapat jadi Perdana Menteri.

Dengan mengatakan bahawa beliau lebih popular daripada Datuk Seri Najib Razak, juga jelas menunjukkan bahawa beliau kini amat terdesak untuk memegang jawatan Perdana Menteri.

Tak hairanlah kalau berbagai spekulasi diberikan apabila beliau terus bercadang untuk mengadakan himpunan disana sini demi untuk kepentingan peribadi beliau.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: