Sabtu, 18 Mei 2013

PERSIAPAN AWAL ANWAR IBRAHIM

Selepas sahaja tamat pilihanraya umum yang ke 13 yang lalu,  Anwar Ibrahim telah menggembar gemburkan kisah kononnya terdapat beberapa penipuan dalam pilihanraya tersebut dan ianya didalangi oleh kerajaan Barisan Nasional.

Ramai dikalangan dikalangan pengikut pakatan pembangkang terpedaya dan mempercayai perkara perkara tersebut tanoa usul periksa, maka dari situ bermulah himpunan demi himpunan yang dirancang oleh Anwar Ibrahim bersama sama kepimpinan beliau.

Ini termasuk juga dengan NGO NGO yang dicipta oleh Anwar dan pakatan pembangkang untuk menjadi bala tentera mereka dalam  setiap himpunan atau perarakan.

Isu yang sebenarnya berlaku ialah, Anwar bukan tidak boleh menerima kekalahan kekalahan pakatan pembangkang untuk menerajui Putrajaya, tetapi ada yang lebih besar dari itu.

Banyak laman laman media sosial kini memainkan isu Lahad Datu yang dikatakan Anwar juga turut terlibat sama dalam insiden pencerobohan tersebut yang telah meragut nyawa anggota keselamatan negara lebih kurang 2 bulan yang lalu.

Untuk itu, Anwar telah merancang sedari awal untuk menyelamatkan diri kerana beliau tahu sudah tidak ada tempat untuk beliau berselingung sekiranya apa yang berlaku di Sabah itu melibatkan beliau.

Cara terbaik untuk Anwar mempertahankan diri ialah dengan menggunakan benteng pertahanan manusia yang akan berjuang untuk menyelamatkan beliau dari dikenakan hukuman.

Anwar juga bijak memainkan persepsi masyarakat dengan mengalih perhatian rakyat supaya tidak menampakkan bahawa beliau bersalah dan terlibat dalam insiden tersebut. 

Dengan mewujudkan persepsi masyarakat, Anwar akan dilihat sebagai mangsa kekejaman kerajaan walaupun begitu banyak bukti dan fakta yang dikeluarkan.

Sepertimana yang telah berlaku semasa Anwar Ibrahim dipecat daripada menjadi Timbalan Perdana Menteri di zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dulu, berapa ramai yant turun ke jalan jalan raya hanya kerana tidak mempercayai perbuatan beliau oleh kerana sikap yang ditunjukkan amat baik.

Namun apabila mereka mengetahui siapa diri Anwar yang sebenar,  mereka mula menjauhkan diri tidak mahu lagi terlibat dengan Anwar.

Apabila beliau dibebaskan dari penjara, Anwar telah dipuja dan di sanjung oleh pakatan pembangkang dan seterusnya setelah beliau menang dalam pilihanraya kevil Permatang Pauh, beliau telah diangkat sebagai ketua pembangkang dalam dewan parlimen.

Kini setelah selesai PRU13, Anwar dilihat semakin agresif dan PAS serta DAP sudah mula rasa curiga dengan pergerakan beliau yang dilihat sudah mula keterlaluan dengan membawa pengikut pengikut pakatan turun berhimpun di sana sini.

PAS telah mula mengambil jalan untuk mendiamkan diri dan dalam satu kenyataan, PAS telah mengatakan bahawa mereka akur dengan kehendak rakyat iaitu memberikan mandat kepada kerajaan Barisan Nasional untuk terus memerintah. 

DAP juga telah melihat perkara sama dimana semalam Karpal Singh sendiri telah membuat satu laporan polis untuk menentang himpunan yang diadakan oleh Anwar Ibrahim. 

Ini adalah signal yang cukup kuat bagi rakyat Malaysia bahawa Anwar sebenarnya tidak mempunyai kekuatan dalam pakatan pembangkang,  kekuatan itu sebenarnya datang dari ahli ahli yang tidak tahu apa apa.

Bagi para pemimpin pakatan pembangkang pula,  perbuatan Anwar akan menyusahkan diri dan parti mereka sendiri kerana Anwar berjuang bukanlah kerana parti tetapi kerana kepentingan beliau sendiri.