Rabu, 22 Mei 2013

PAS MENANG MAJORITI SUARA MINORITI

Walaupun pilihanraya umum ke 13 telah berlangsung hampir 3 minggu yang lalu, Sangkakala masih teringat tentang kemenangan PAS di Selangor yang mendapat 15 kerusi berbanding PKR cuma 14 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Kalau diikutkan dengan kemenangan ini, PAS lebih layak untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor berbanding dengan PKR.

Mengikut undang undang tubuh kerajaan negeri Selangor, Menteri Besar mestilah dikalangan orang Melayu Islam dan tidak mungkin boleh di jawat oleh wakil dari DAP walaupun DAP mendapat kerusi yang sama banyak dengan PAS.

Tetapi walaupun PAS yang sepatutnya memegang jawatan Menteri Besar,atas desakan dan asakan daripada PKR serta DAP, PAS terpaksa akur dengan kehendak kedua dua parti pakatan mereka itu untuk memberikan laluan kepada PKR bagi menjawat jawatan tertinggi dalam negeri tersebut.

Apa yang menarik ialah, suara lantang yang dikeluarkan oleh ketua wanita keadilan, YB Zuraidah yang pernah mengatakan bahawa PAS tamakkan kuasa dan kenyataan dari DAP yang mengatakan bahawa PKR lebih layak.

Kenapa suara suara ganjil ini memenuhi ruang perbicaraan tentang kedudukan Menteri Besar?

Sepatutnya Zuraidah akur dengan kehendak rakyat Selangor yang lebih mahukan PAS berbanding PKR dan beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu atas dasar demokrasi.

Pernah beberapa laman blog mengeluarkan artikel yang menunjukkan betapa kayanya Zuraidah hanya beberapa bulan selepas kerajaan Barisan Nasional tumbang di Selangor dalam pilihanraya ke 12 yang lalu.

Daripada seorang penjual buah buahan, kini boleh dikatakan jutawan, takkan hasil daripada menjadi seorang ahli parlimen membolehkan beliau memiliki beberapa buah kenderaan hanya dalam tempoh masa tersebut.

Zuraidah juga dilihat seolah olah risau jika jawatan Menteri Besar negeri Selangor jatuh ke tangan PAS hingga membuatkan beliau menyuarakan pendapat atau kenyataan sebegitu.

Apa yang membuatkan Zuraidah terlalu lantang begitu? Beliau bukanlah ADUN, tetapi cuma ahli parlimen, mungkinkah Zuraidah mempunyai kepentingan jika PKR berjaya menjadi Menteri Besar dengan mendapatkan mana mana projek kerajaan negeri untuk kroni kroni beliau dan sudah tentulah beliau juga mendapat sedikit keuntungan dari situ.

Apa apa pun, kita nantikan jika ada perubahan ketara yang dimiliki oleh orang orang kuat PKR setelah Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar kini.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: