Selasa, 21 Mei 2013

NOH GADUT KENA LUDAH


Penasihat Majlis Agama Islam negeri Johor, Datuk Noh Gadut berkata beliau sanggup untuk menjadi perantara atau orang tengah bagi menyatukan PAS dan juga UMNO.

Sangkakala rasa ini adalah salah satu langkah yang amat baik untuk menyatukan bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini.

Tapi ada satu persoalan, tidakkan Datuk Noh takut nanti akan diludah oleh Nik aziz yang telah memberikan amaran sebegitu jika sesiapa sahaja datang bertemu dengan beliau untuk menyatukan PAS dengan UMNO.

Nanti tak pasal pasal Datuk Noh bermandikan air liur Nik Aziz hanya semata mata untuk melihat bangsa Melayu dan agama Islam bersatu.

Semua kita maklum bahawa Datuk Noh adalah seorang yang bebas daripada politik dan kemungkinan besar beliau melihat perkara ini ada banyak kebaikan kerana penyatuan itu perlu apatah lagi sesama Islam dalam negara ini.

Jadi sama sama kita nantikan, adakah Datuk Noh Gadut berjaya untuk menyatukan dua parti besar ini menjadi satu dan mengukhawahkan lagi tali persaudaraan sesama Islam di negara ini.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone