Selasa, 21 Mei 2013

MEREKA INI JUGA PERLU DITANGKAP

Dengan kenyataan Menteri di Kementerian Dalam Negeri yang baru bahawa pasukan keselamatan akan mejalankan tanggung jawab dengan penuh berhemah, Sangkakala rasa mereka ini juga patut di tangkap.


Mereka ini Sangkakala lihat cuba untuk mempertikai tindakan yang diambil oleh pasukan polis terhadap rakan mereka Adam Adli.

Mungkin mereka ni lupa bahawa setiap tindakan yang dilakukan oleh pasukan polis itu berlandaskan undang undang sedia ada dan bukannya melulu seperti yang di dakwa oleh mereka.

Satu lagi Sangkakala lihat ialah dengan m3ngadakan himpunan di hadapan balai polis juga menunjukkan bahawa mereka ini amat biadap dan kurang ajar.

Bukan ini cara untuk menujukkan bahawa mereka pejuang demokrasi,  banyak cara lain lagu dan kalau tak silap Sangkakala,  Adam Adli ada mengupah peguam untuk membela beliau, jadi tidak perlu lah diadakan himpunan sebegini yang seakan akan mencabar kewibawaan pasukan polis.