Rabu, 22 Mei 2013

#lahaddatu TENTERA FILIPINA ADA BUKTI KUKUH

Dengar cerita sekarang ni dah ada pihak yang menggelabah akibat dari insiden pencerobohan Lahad Datu yang mengorbankan beberapa orang anggota keselamatan Malaysia.

Pihak tentera Filipina dikatakan mempunyai bukti kukuh yang mana ianya dikatakan turut melibatkan beberapa pemimpin pembangkang negara.

Mengikut sumber, pihak risikan tentera Filipina mempunyai rakaman dan bukti dimana terdapat pemimpin pembangkang yang dikatakan membuat bayaran pada 7 haribulan Februari iaitu dua hari sebelum pencerobohan bermula pada 9 Februari.

Kalau nak diikutkan daripada kisah sultan sulu atau Jamalul Kiram II, beliau tidak mempunyai sumber kewangan dan beliau tinggal di kawasan setinggan yang agak daif.

Beliau juga terpaksa meminta bantuan untuk menjalankan proses hemodialisis kerana masalah buah pinggang.

Macam mana orang yang boleh dikatakan miskin ni mampu untuk membiayai perjalanan penceroboh berkenaan ke Lahad Datu berserta dengan kelengkapan senjata apiv

Itu boleh menjadi pertikaian sebenarnay, dan risikan tentera Filipina juga mengatakan bahawa pengganas tersebut telah meninggalkan wang untuk perbelanjaan kepada kaum keluarga mereka sebelum mereka pergi ke Lahad Datu.

Mengikut sumber juga, 2 orang pemimpin pembangkang dikatakan tiba di Kuala Lumpur pada hari yang sama pencerobohan bermula.

Kalau mengikut undang undang, mereka ini boleh didakwa diaatas tuduhan melancarkan peperangan terhadap Agong dan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Kesemua bukti akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat bagi mengheret mereka mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan dan untuk itu kita nantikan siapa yang bakal berhadapan dengan dakwaan ini.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: