Ahad, 26 Mei 2013

@khairykj KARNIVAL BELIA !! KEGEMBIRAAN ATAU KEMARAHAN

Karnival belia Putrajaya 2013 berakhir pada hari ini, dan Sangkakala lihat rata rata pengunjung yang hadir ke karnival amat gembira dengan pelbagai acara yang dijalankan.

Dan orang yang paling gembira sudah tentulah Yang Berhormat Saudara Khairy Jamaluddin selaku menteri di Kementerian Belia dan Sukan yang baru dilantik.

Cuma disini Sangkakala rasa Sangkakala perlu menegur beberapa hal yang dilihat amat menyedihkan, teguran ini Sangkakala buat bukanlah dengan tujuan untuk memburuk burukkan segala program dan acara yang berlangsung disini sepanjang 4 hari ianya berlangsung.

Cuma ada beberapa perkara yang Sangkakala rasa ianya perlu mendapat perhatian daripada YB Khairy.

Sangkakala ada bertemu dengan para peniaga di sekitar booth atau gerai jualan seperti jualan makanan dan barang barang lain.

Antara yang maklum balas yang Sangkakala terima ialah, mereka amat bersetuju dengan program ini tetapi mereka berasa sedikit terkilan dengan harga gerai gerai jualan yang diletakkan oleh pihak Kementerian, Sangkakala ada mengatakan bahawa apa yang Sangkakala tahu ialah, program ini diuruskan oleh Sekretariat hari belia negara.

Mereka mengatakan bahawa dengan menetapkan sewa yang agak mahal adalah amat sukar untuk mereka mendapat keuntungan, dan sudah pasti mereka yang hadir ke sini adalah untuk memperolehi keuntungan tersebut disamping bersama sama mengambil bahagian dalam karnival tersebut.

Sangkakala sempat juga bertanya berapakah harga sewa yang dikenakan, dan peniaga tersebut memberitahu bahawa harga yang ditetapkan adalah tidak selaras dan ianya bermula dari RM 1000 hingga ke RM 6000 bagi sebuah khemah berukuran 20'x20' selama 4 hari.

Sangkakala juga agak terkejut kenapa harga ini tidak diselaraskan dan menurut seorang lagi peniaga, beliau menyewa gerai dengan harga RM 6000 dan hingga kini beliau hanya memperolehi pendapatan tidak lebih dari RM 4000 selama acara ini berlangsung.

Rata rata peniaga berpendapat, kenapa harga tersebut tidak diselaraskan dan sangkakala juga rasanya amat bersetuju dengan persoalan tersebut memandangkan mereka ini datang untuk berniaga.

Lagi satu Sangkakala terima ialah, harga makanan yang agak tinggi dimana ianya adalah disebabkan kerana harga sewa gerai jualan adalah tinggi dan peniaga terpaksa menjual barang makanan dengan harga tinggi.

Sangkakala bersetuju kerana ini adalah karnival belia dan kita semua sedia maklum, bukan semua belia mempunyai pendapatan yang tinggi dan ada juga yang tidak mempunyai pendapatan.

Jika hendak dikatakan bahawa yang tidak berpendapatan itu jangan hadir Sangkakala rasa ianya amatlah tidak kena, kerana mereka juga adalah belia dan karnival ini adalah hak mereka untuk bersama sama meraikan karnival tersebut.

Sangkakala berpendapat lagi bahawa, YB Khairy selaku menteri belia dan sukan yang baru dapat menyelesaikan masalh ini jika Putrajaya mahu digamatkan seperti sekarang.

Jika sesuatu tidak dilakukan, Sangkakala rasa lama kelamaan acara gilang gemilang ini akan hilang kerana tiada kehadiran yang akan hadir ke Putrajaya nanti.

Sangkakala selaku belia tidak mahu program yang memberikan kegembiraan ini berakhir dengan kemarahan sudahnya.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: