Sabtu, 18 Mei 2013

ADAM ADLI TUNJUK SAMSENG DENGAN POLIS

Seorang demi seorang di tahan oleh pihak keselamatan setelah beberapa laporan polis dibuat kerana menganjurkan himpunan, menghadiri serta menghasut orang ramai.

Siang tadi Adam Adli yang selama ini menjadi pengikut setia pakatan pembangkang dan menjadikan pelajar iPT sebagai sasaran untuk memburuk burukkan kerajaan ditahan.

Selama ni tunjuk samseng sangat, macam Malaysia ni tiada kuasa undang undang dan Adam Adli dilihat bebas untuk melakukan apa sahaja.

Lepas ni Sangkakala percaya akan ada lahi penangkapan atas akta hasutan seperti yang dipertuduhkan terhadap Adam Adli, antara seorang lagi yany mesti ditangkap ialah Safwan Anang yang juga Sangkakala lihat menghasut orang ramai untuk turun ke jalan jalan raya bagi memprotes sistem pilihanraya walaupun ianya diterima oleh semua rakyat Malaysia. 

Antar muka muka lain pula ialah, Hishamuddin Rais, Chegu Bard dan beberapa orang lagi yang menjadi punca kepada himpunan tersebut.

Jadi semua harus bersiap sedia untuk dihadapkan ke mahkamah dan bersiap sedia untuk duduk dalam lokap polis.