Selasa, 21 Mei 2013

@AbdMalekHussin BERANI ATAU BACUL ???

Sangkakala terbaca kenyataan kenyataan yang ala ala penceramah atau pensyarah Universiti dalam akaun seorang yang begitu taksub dengan Pakatan Pembangkang dan orang yang dimaksudkan ialah Abd Malek Hussin seperti gambar dibawah berambut panjang.

Kalau nak diikutkan daripada apa yang beliau perkatakan didalam akaun twitter miliknya, beliau menggambarkan bahwa beliau adalah seorang pejuang hebat di masa himpunan Reformasi diadakan dahulu dan beliau ada menyebut juga bahawa beliau pernah ditangkap dan tidue selokap dengan Tian Chua.

Tapi apa yang kelakarnya, Abd Malek Hussin tidak mampu menerima kritikan daripada pengamal pengamal media sosial yang lain dan jika beliau mendapati satu satu hujah tidak mampu di patahkan, beliau akan terus menahan pemilik akaun tersebut daripada melihat tweet beliau (block).


Tapi dalam satu sudut yang lain pula, Sangkakala melihat beliau seolah olah memberikan semangat kepada anak anak muda untuk turun ke jalan raya untuk melakukan demonstrasi yang mana beliau Sangkakala lihat lebih banyak memberikan cara cara bagai mana untuk melepaskan diri kononnya.

Lihat kenyataan kenyataan beliau diatas, ianya seolah olah menunjukkan beliau amat hebat berhadapan dengan pasukan anti rusuhan (FRU) dan seolah oleh beliau kebal kepada undang undang, tapi kenapa pula bila ada hujah yang tidak dapat dipatahkan beliau akan terus BLOCK pemilik akaun tersebut? Adakah itu menunjukkan bahawa beliau berani berhujah atau sekadar menyalak sendirian atau ditemani rakan rakan beliau sahaja?
Dulu Malek Hussin adalah aktivis Pas dan pada tahun 1995 dan beliau bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak atas tiket Pas tapi menjelang hari pengundian beliau jadi belot kepada Pas dengan menarik diri daripada bertanding.Penyokong Pas dan ahli Pas di seluruh negara begitu kecewa dengan Malek Hussin yang berpaling tadah dan mereka menyumpah-nyumpah Malek Hussin . Sehingga kini masih ramai yang teringat-ingat akan pembelotan Malek Hussin terhadap Pas dalam pru tahun 1995 itu.

Abdul Malek Hussin seperti yang diketahui umum adalah pengerusi Malaysian For Free and Fair Elections (MAFREL).

Apa pula latar belakang MAFREL?

Pertubuhan yang ditubuhkan dalam tahun 1999 ini adalah juga anggota Asia Network for Free Election (ANFEL) dan bekerjasama rapat dengan Institut Kajian Dasar (IKD) dalam bidang penyelidikan. Mempunyai pekerja-pekerja yang dibayar dalam US dolar.

Baca selanjutnya DISINI

Beliau juga pernah bertindak dengan menyaman kerajaan Malaysia sebanyak RM 2.5 juta ringgit namun keputusan tersebut diketepikan oleh Mahkamah Persekutuan.

Persoalannya disini, daripada apa yang diperkatakan oleh beliau bahawa beliau menjadi TAIKO dalam tahanan polis, bagaimana pila beliau pernah mendakwa bahawa beliau diseksa jiwa dan raga sampai suruh minum air kencing segala bagai?

Bukankah beliau juga mengatakan bahawa beliau begitu bijak dalam sistem perundangan Malaysia, bagai mana pula saman beliau boleh diketepikan?

Adakah semua yang diperkatakan oleh Abd Malek hanya sebagai omongan kosong semata mata dan ianya adalah palsu demi untuk memperlihatkan kejantanan beliau terhadap undang undang negara?

Pada Pilihanraya Umum ke 12, PAS Wilayah Persekutuan telah menolak MAFREL sebagai badan pemerhati bebas dan meurut pengarah pilhanraya PAS pada ketika itu, Abd Malek Hussin yang juga merupakan pengerusi Badan tersebut tidak bertanggungjawab hingga membuatkan kemenangan percuma kepada calon Bandar Tun Razak apabila beliau mengisytiharkan menarik dairi dalam pilihanraya umum ke 9.

Baca selanjutnya DISINI

MAFREL juga dikatakan mendapat pembiayaan daripada CIA dan IRI yang mana kedua dua badan ini berkehendakkan kerajaan Malaysia tumbang dan mereka akan menggunakan MAFREL sebagai jambatan untuk kearah itu. Klik DISINI untuk maklumat lanjut.

Sangkakala berasa sedikit curiga dengan Abd Malek dan pihak berkuasa seharusnya melakukan siasatan terhadap MAFREL serta Malek Hussin tentang pembiayaan ini kerana seperti yang Sangkakala kata tadi, Sangkakala melihat, Malek seolah olah memberikan semangat untuk anak anak muda bangkit menggulingkan kerajaan dan sudah pasti ianya memerlukan modal yang agak besar dan Sangkakala rasa tidak mustahil jika pembiayaan tersebut juga diberikan oleh negara negara luar kepada MAFREL dalam usaha kearah itu.