Isnin, 27 Mei 2013

#505 LU JANGAN TIPU LA KIT SIANG

DAP menafikan bahawa parti itu mempunyai seramai 200 orang cybertrooper yang digelar sebagai Red Bean Army oleh Utusan Malaysia yang didakwa memburuk burukkan bahkan hingga mengugut sesiapa sahaja yang dilihat menyokong kerajaan. 

Kit Siang kata kalau DAP menanggung kos RM 15 juta setahun untuk mengupah 200 orang cybertrooper, ini bermakna DAP perlu menanggung kos sebanyak RM 108 juta sejak enam tahun lalu dan beliau juga mengatakan bahawa DAP tidak mempunyai wang sebanyak itu. 

Alamak apek, jangan buat lawak la, takkan anak lu tak kasitau berapa duit ada dalam DAP, lu sudah tua apek, lu duduk diam diam kalau lu betul betul tak tau.

Kit Siang berkata bahawa beliau mendapat tahu tentang Red Bean Army dari pada Utusan Malaysia tapi yang sebenarnya pendedahan tentang Read Bean Army ini telah didedahkan oleh bekas setiausaha kerja DAP sendiri yang mendedahkan berapa pendapatan mereka dan dimana mereka ini beroperasi.

Takkan orang yang pernah mengelolakan pentadbiran DAP pusat juga berbohong tentang perkara ini, beliau juga pernah di ugut oleh Red Bean Army sebelum ini. 

Sekarang nak cakap macam mana lagi?  Orang sendiri dah buka rahsia tentang Red Bean Army lagi nak kata Utusan tuduh atau buat fitnah ke? 

Sekarang lu sendiri jawab la apek, lu tanya sama lu punya anak mana dia simpan itu Red Bean Army, mesti dia tau punya.