Selasa, 28 Mei 2013

#505 HIMPUNAN BLACKOUT SATU PERMULAAN ???

Apa lagi la puak puak pakatan pembangkang ni nak agaknya kan? Dah kalah tu buat la cara kalah, terima ketentuan Tuhan, jangan la jadi jahil sangat, dengar kata ramai yang hebat dalam pakatan pembangkang,  tapi macam tak profesional je.


Dengar kata NGO pakatan pembangkang nak buat demo secara besar besaran sekiranya pengerusi SPR tidak meletakkan jawatan dan SPR tidak dirombak semula.

Punya la bangang puak puak ni, yang kata nak letak jawatan kalau tidak berjaya ke Putrajaya takde pulak nak didesak supaya meletakkan jawatan, itu lagi munafik pubya kaki, dia sendiri yang berjanji.

Sangkakala rasa Anwar Ibrahim perlu di desak untuk melepaskan jawatan beliau dalam parti kerana itu adalah janji beliau sebelum pilihanraya yang lepas. 

Tapi seperti kata Jusuf Kalla, Anwar sendiri pun tak menepati janji beliau bersama Perdana Menteri yang disaksikan oleh beliau sendiri. 

Ini rupa pemimpin yang kita nak jadikan Perdana Menteri?  Sangkakala rasa semua janji yang pernah beliau taburkan dulu habis musnah begitu sahaja dan ianya langsung tidak akan tertunai, kesudahannya nanti sekali lagi rakyat akan bangkit menentang.

Itu je lah yang akan berlaku, asyik nak berdemo dan merusuh, kata himpunan aman, tapi dimana amannya Sangkakala pun tak tau.