Ahad, 26 Mei 2013

#505 ANWAR DAN NAJIB PUNYAI PERJANJIAN SULIT

Bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim memungkiri perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Malaysia, yang diuruskannya sebagai orang tengah, antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ketua pembangkang itu. 
    
Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan Jusuf mendedahkan bahawa perjanjian bertulis dibuat antara Najib dan Anwar pada April iaitu menegah daripada melakukan serangan peribadi semasa berkempen dan menerima keputusan pilihan raya 5 Mei, yang dicadangkan sendiri oleh Anwar.

Sangkakala secara peribadinya tidak menyalahkan Anwar kerana kita semua tau Anwar Ibrahim memang kaki penipu, walau pun di buat perjanjian setinggi berdiri, namun dengan sikap penipu yang ada dalam diri beliau tidak mungkin setiap perjanjian itu dimungkiri.

Menurut Jusuf, Anwar menemui beliau berhubung perjanjian itu dua bulan lepas dan meminta Jusuf menemui lawannya serta mendapatkan komitmen beliau berhubung keputusan pilihan raya yang aman.
    
Bagaimanapun, menurut akhbar itu Anwar mendakwa Jusuf yang menemui beliau untuk menawarkan bantuan dalam memastikan keputusan pilihan raya yang teratur.

Jadi disini, cakap siapa yang kita akan gunapakai? Cakap Jusuf atau apa yang tertulis didalam akhbar tersebut? Bagi Sangkakala,  kata kata yang dituturkan oleh Jusuf itu adalah benar berbanding dengan apa yang tertulis di dalam akhbar tersebut. 

Jusuf merupakan rakan baik Anwar dan adalah amat mustahil jika beliau sendiri tidak mengetahui tentang perjanjian ini dan apa yang Sangkakala lihat, Anwar tidak akan berubah walau apa cara sekalipun kerana sikap berbohong dan memungkiri janji tersebut sudah sebati dalam diri beliau.