Selasa, 16 April 2013

#tolakpakatan PAS BERDOA UNTUK TOKONG ???

Matlamat menghalalkan cara, inilah yang dilakukan oleh orang orang PAS, mereka sanggup menadahkan tangan berdoa untuk sebuah tokong cina yang sudah pastinya bukan Islam.

PAS sanggup berdoa untuk mereka, tetapi tidak untuk orang Islam (UMNO).

Apakah erti semua ini? Adakah matlamat menghalalkan cara?

Adalah amat sedih jika kita melihat perkara sebegini terjadi dimana untuk orang Islam UMNO, mereka sanggup menadahkan tangan berdoa untuk kecelakaan sedangkan sesama Islam itu adalah saudara.

Adakah didalam mana mana kitab Islam perkara ini wajib atau harus atau boleh dilakukan?

Ternyata PAS kini sudah menyimpang jauh daripadaa aapa yang sepatutnya dilakukan oleh mereka iaitu perpaduan sesama Islam.

Sudah acap kali UMNO cuba untuk mengajak mereka ini bergabung dibawah panji panji Islam namun ajakan itu ditentang hebat, malah ada dikalangan pemimpin PAS yang mengatakan bahawa mereka lebih rela makan babi bersama DAP daripada makan ayam bersama UMNO.

Itukah ajaran Islam yang dibawa oleh PAS kepada para pengikut mereka?

Sungguh memalukan apabila perkara sebegini terjadi bila mana Islam tidak mengiktiraf keislaman orang Islam yang lain yang sudah semestinya seagama dengan mereka tetapi lebih mementingkan orang yang beragama selain dari agamaa Islam.