Ahad, 28 April 2013

#PRU13 TAHNIAH SUHAIMI ABDULLAH

Ketua Umno bahagian Jerai Datuk Mohd Suhaimi Abdullah berkata beliau tidak menolak kemungkinan keputusan pucuk pimpinan tidak memilihnya menjadi calon parlimen Jerai menyebabkan wujudnya 'elemen' sabotaj oleh penyokongnya dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.

Tapi beliau juga berkata bahawa beliau tidak akan sekali kali membenarkan perkara tersebut terjadi di parlimen Jerai.

Sangkakala percaya dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Suhaimi kerana walaupun selama ini beliau bekerja keras tetapi nama beliau tidak di letakkan sebagai calon ahli parlimen, beliau masih lagi bekerja untuk membantu calon Barisan Nasional bagi memastikan kemenangan di kawasan tersebut menjadi milik Barisan Nasional.

Jerai mempunyai 74,583 pengundi yang terdiri daripada 79 peratus Melayu, 14% Cina, 6 peratus India dan lain-lain 0.59%.

Dalam pilihan raya 2008, calon PAS Mohd Firdaus Jaafar menang dengan majoriti 2,299 undi. Kali ini beliau sekali lagi mempertahanan kerusi itu, berdepan Jamil yang juga ketua penerangan Umno Kedah.

Walaupun ada pihak yang berasa sedikit kecewa apabila Datuk Suhaimi tidak dicalonkan tetapi atas nasihat beliau, semua jentera bergerak seperti biasa dan ini adalah satu kelebihan yang ada dalam diri Datuk Suhaimi kerana sebagai seorang pemimpin, beliau dilihat lebih neutral dalam menerima keputusan pucuk pimpinan parti.

Tahniah Sangkakala ucapkan kepada Datuk Suhaimi yang sehingga kini bertungkus lumus dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional di parlimen Jerai dan Sangkakala rasa tidak mustahil bahawa kawasan parlimen tersebut akan dapat dirampas kembali oleh Barisan Nasional memandangkan daripada kerja keras semua jentera yang ada.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: