Sabtu, 27 April 2013

#PRU13 MAKIN TUA MAKIN MUDAH DITIPU

Semakin lanjut usia Nik Aziz semakin mudah beliau ditipu oleh Anwar Ibrahim, mungkin kerana Anwar merasakan bahawa pemimpin PAS ini akan lupa dengan apa yang pernah berlaku tak berapa lama dahulu.

Bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin pernah cuba untuk membohongi rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa beliau telah menerima surat pengesahan yang dikeluarkan oleh kedutaan Jepun di Kuala Lumpur yang mengatakan bahawa wang saguhati untuk mangsa buruh paksa landasan keretapi maut telah dibayar oleh kerajaan Jepun kepada kerajaan Malaysia.

Dan setelah dilakukan pengesahan, jelas bahawa kerajaan atau kedutaan Jepun tersebut tidak pernah mengeluarkan apa apa surat pengesahan kepada beliau.

Begitu juga yang terjadi semalam, Nik Aziz dikatakan melancarkan surat daripada Yusuf Al-Qardawi yang menyokong supaya Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri untuk menerajui kerajaan Malaysia.

Pernahkah kita semua terfikir, Anwar sengaja bertemu dengan ulama termasyhur dunia tersebut demi untuk menyelamatkan dirinya daripada digulingkan oleh DAP?

Mungkin ramai yang tidak pernah terfikir tentang perkara ini, tetapi apa yang Sangkakala lihat ialah, perkara ini tidak mustahil dan tidak juga menjadi satu perkara aneh kerana Yusuf Qardawi tidak mengetahui kedudukan sebenar tentang kes Anwar di Malaysia.

Dan Sangkakala percaya sekiranya Anwar menceritakan kisah sebenarn maka ulama tersebut juga tidak akan sama sekali akan mengeluarkan apa apa surat untuk menyokong Anwar.

Satu lagi perkara ialah, Yusuf Qardawi adalah seorang ulama yang bebas daripada politik di negara beliau dan adalah amat mustahil sekiranya Yusuf Qardawi begitu mengambil berat tentang politik di Malaysia.

Sangkakala tidak melihat dimana lebihnya Malaysia di mata Yusuf Qardawi dan jika beliau begitu mengambil berat tentang politik di Malaysia, kenapa beliau tidak melakukan perkara sama di Libya dan negara arab yang lain diserata dunia yang bergolak akibat diserang oleh orang kafir?

Surat yang dilancar serta diedar semalam mungkin juga adalah surat palsu yang mana ianya adalah untuk menyelamatkan Anwar daripada digulingkan seperti yang Sangkakala katakan tadi.

Jadi bagi Sangkakala surat surat begini lebih baik dilupakan sahaja kehadirannya kerana tidak ada pengesahan dari ulama tersebut bahawa beliau da memberikan apa apa surat kepada ketua pembangkang itu.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: