Selasa, 23 April 2013

#GE13 #tolakpakatan APA NAK JADI DENGAN UMNO NI ???

Pelik betul la sekarang ni, pakatan pembangkang kata UMNO dah takde sokongan, Barisan Nasional pulak dah tak dapat kepercayaan daripada pengundi serta rakyat, tapi dalam gambar ni orang datang darimana pulak agaknya.

Lebih dari 60'000 orang hadir untuk meraikan Perdana Menteri di Kelang siang tadi dan ini jelas menunjukkan bahawa sokongan kepada Barisan Nasional tidak berkurangan tetapi bertambah dari semasa ke semasa.

Ini semua kerana hanya Barisan Nasional yang dilihat mampu untuk memperjuangkan hak rakyat sedangkan pakatan pembangkang pula kerapkali menidakkan hak tersebut walaupun ada janji yang di berikan oleh pakatan pembangkang kepada rakyat sebelum ini.

Pakatan pembangkang kini dilihat sudah ketandusan isu dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan  apabila kerajaan Barisan Nasional melakukan transformasi politik dan ianya diterima oleh rakyat melalui Gagasan 1 Malaysia.

Banyak kebajikankepada rakyat diberikan sepanjang 4 tahun Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri dan segala kebajikan ini dinikmati oleh rakyat.

Kini rakyat semakin sedar bahawa kerajaan Barisan Nasional akan memeberikan yang terbaik untuk membantu rakyat yang mana ianya takkan mampu untuk dilaksanakan oleh pakatan pembangkang.

Rakyat telah memberikan percubaan kecil dengan memebrikan beberapa buah negeri untuk diperintah oleh pakatan pembangkang namun ianya dilihat gagal, jika sebuah negeri gagal untuk dimajukan, bagaimana pula untuk memajukan sebuah negara dan bagaimana pula kebajikan rakyat di seluruh negara dapat diberikan?

Dan pada PRU kali ini, rakyat aakan menghukum mereka diatas kegagalan tersebut.