Khamis, 18 April 2013

#GE13 KEKALAHAN ABU BAKAR DIJANGKA DI DUN TITI SERONG

Menarik kali ni apabila dua orang calon berkongsi satu nama di satu kawasan Dewan Undangan Negeri.

Abu Bakar Hussin dan Abu Bakar Mat Ali bertanding merebut jawatan ADUN di kawasan DUN Titi Serong Parit Buntar.

Kalau semasa tahun 2004 Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Hasan Ali ada mengatakan bahawa beliau akan mengubah Titi Serong kepada titi (jambatan) tegak, namun kekalahan melanda beliau pada tahun 2008 dan selama itu juga tidak ada pembangunan di kawasan Parit Buntar, namuk kawasan DUN Titi Serong terus mendapat manafaat daripada wakil rakyat Barisan Nasional pada ketika itu Abu Bakar Mat Ali.

Pada tahun 2008, kerusi DUN Titi Serong telah dimenangi oleh calon yang mewakili PAS, YB Idham Lim.

Tapi untuk PRU pada kali ini, Idham Lim diletakkan di kawasan parlimen Kuala Kangsar dan sepertimana yang Sangkakala katakan dahulu, ini bukanlah pertukaran biasa yang dilakukan oleh PAS negeri Perak.

Pertukaran ini dilakukan hanya kerana untuk menutup kisah wang kutipan wakaf kompleks pendidikan darul anwar yang dicadangkan oleh Idham satu ketika dulu.

Namun kompleks tersebut didapati hanya meninggalkan sebuah papan tanda yang kini tidak tertulis apa apa.

Ada juga dikalangan pengikut pakatan pembangkang di kawasan Titi Serong mengatakan bahawa Abu Bakar Mat Ali calon daripada Barisan Nasional adalah calon yang pernah kalah pada tahun 2008 dan ini tidak dinafikan.

Namun begitu, sejak tahun 2008 hinggalah kini, Abu Bakar Mat Ali tidak pernah jemu untuk mendapatkan bantuan bagi membantu rakyat di sekitar kawasan Titi Serong walaupun beliau kalah pada ketika itu berbanding dengan Idham Lim yang menghilangkan diri selepas tahun 2009.

Kini PAS meletakkan pula calon yang juga pernah kalah di DUN Pengkalan Baru semasa pilihanraya 2008 iaitu Abu Bakar Husin yang merupakan Yang Dipertua PAS negeri Perak.

Mungkin kerana jawatan yang beliau sandang di peringkat negeri didalam PAS, maka beliau dipertaruhkan pula di kawasan Titi Serong.

Persoalannya, jika beliau (Abu Bakar Husin) benar benar berpengaruh, dengan kedudukan beliau sebagai pemimpin tertinggi PAS sudah pastilah beliau mampu untuk menang di kawasan yang ditandinginya dahulu di Pengkalan Baru, namun beliau kalah, dan ini juga membuktikan bahawa beliau ditolak oleh rakyat serta pengundi di kawasan tersebut.

Berbanding dengan Abu Bakar Mat Ali yang dilihat begitu gigih membantu rakyat, maka beliau diletakkan semula oleh kepimpinan tertinggi Barisan Nasional supaya beliau dapat meneruskan komitmen sebagai pemimpin yang bertanggungjawab dalam membantu setiap permasaalahan di kawasan tersebut.

Jadi dari kalangan dua orang Abu Bakar ini, kita boleh melihat bahawa calon Barisan Nasional lebih berkeupayaan dalam memberi bantuan serta kemajuan kepada rakyat dan kawasan setempat.

Oleh itu, rakyat di Parit Buntar perlu menolak kepimpinan parti pembangkang (Abu Bakar Husin) ini demi kemajuan dan kebajikan kawasan serta rakyat di Titi Serong.

Sangkakala juga amat pasti bahawa rakyat di Titi Serong sudah serik dengan kehadiran wakil rakyat PAS yang hanya akan bertanding kemudian meninggalkan kawasan.

Mari kita PASTIKAN kekalahan Abu Bakar Husin di Titi Serong.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: