Isnin, 25 Mac 2013

TABUNG PAS !!! APA SUDAHNYA ???

Apa cerita PAS ni? Asyik nak membohong orang je kerja puak puak ni pun.

Dulu kes Memali, kutip sumbangan kononnya nak bela nasib balu balu yang kematian suami, sekarang dah Lahad Datu pula.

Kalau tak lama dulu cikgu Non dedahkan pembohongan tentang Memali sekarang dah ada pulak pendedahan tentang tabung Lahad Datu, kalau nak tengok dan baca lebih lanjut sila klik pautan di bawah.

http://bit.ly/107i08F

Kenapa boleh jadi macam ni? Kata parti Islam, kalau dah nama Islam kan ke tak boleh menipu atau membohong?

Memang dah dari dulu puak puak ni asyik menipu je kerjanya kan, tak habis habis dengan menipu.

Dalam kata nak buat tabung untuk Lahad Datu, tiba tiba pakai akaun PAS sendiri, macam mana nak tau mana duit sumbangan dan mana satu duit sendiri.

Atau semua tu dikira duit sendiri satu masa nanti?

Sampai hari ni PAS belum isytihar berapa hasil kutipan, nak kata serah hasil tu jauh sekali, apa yang pasti, mereka akan cuba untuk kutip derma macam yang biasa dibuat dalam ceramah PAS di seluruh tanah air, tong milo bergerak kesana sini.

Kes yang sama juga terjadi di Parit Buntar, macam yang Sangkakala pernah dedahkan dulu, walaupun YB Idham lim kata dah buat itu dan ini, ada satu perkara lagi yang belum didedahkan.

Tunggu sikit hari nanti Sangkakala buka bagi telanjang.

Apa yang pastinya lepas ni kalau ada lagi musibah atau kejadian, pasti akan ada lagi tabung kutipan dan seperti biasa, wang kutipan akan hilang begitu sahaja.

Kepada pencacai PAS, fikir fikirkanlah, bukan kerana duit tu, tapi kemana duit tu pergi, niat ikhlas untuk membantu disalah gunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: